• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rasuah RM200,000: Ahli Perniagaan, ADUN Bergelar Datuk Selesai Beri Keterangan

oleh AK-47
dalam Jenayah
0
Rasuah RM200,000: Ahli Perniagaan, ADUN Bergelar Datuk Selesai Beri Keterangan
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur: Dua individu bergelar datuk termasuk seorang ahli dewan undangan negeri (ADUN) yang disyaki meminta dan menerima rasuah berjumlah kira-kira RM200,000 membabitkan isu pengeluaran lesen cari gali di Sabah, dibebaskan selepas selesai memberi keterangan hari ini.

Kedua-dua lelaki berusia 30-an dan 60-an sebelum itu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Sabah dan Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

Menurut sumber, penahanan kedua-dua suspek dibuat pada 9.45 dan 11.50 pagi tadi.

“Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek terdiri daripada seorang ahli perniagaan dan ADUN disyaki saling meminta serta menerima rasuah bernilai kira-kira RM200,000 bagi membantu menguruskan permohonan lesen cari gali di Sabah.

“Mereka dipercayai melakukan perbuatan itu sekitar tahun 2023 dan 2024,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 16(b)(A) Akta SPRM 2009.

Beliau berkata, suspek iaitu ahli perniagaan dilepaskan selepas keterangan diambil dengan jaminan sebanyak RM100,000 (deposit sebanyak RM10,000) dengan dua penjamin.

“ADUN berkenaan dilepaskan dengan jaminan sebanyak RM50,000 dengan seorang penjamin,” katanya.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan SPRM dipercayai sudah memanggil seorang daripada dua Adun untuk memberi keterangan.

Azam sebelum ini mendedahkan tiga individu akan didakwa di mahkamah berhubung dakwaan rasuah membabitkan Adun tertentu di Sabah.

Individu berkenaan sudah dikenal pasti dan tindakan pendakwaan akan dilakukan dalam masa terdekat.

-Harian Metro

Tags: datukrasuah
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Negara Tidak Harus Tunduk Amalan Penyakau Dan Rasuah – PMX Anwar

Negara Tidak Harus Tunduk Amalan Penyakau Dan Rasuah – PMX Anwar

18/09/2026
0

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan negara tidak harus tunduk kepada amalan 'penyakau' dan rasuah, manakala kes...

Khutbah Jumaat Sentuh Isu Penyelewengan Tabung Haji

Khutbah Jumaat Sentuh Isu Penyelewengan Tabung Haji

15/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Khutbah Jumaat yang disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) semalam bertajuk 'Amanah Membina Maruah Ummah' membangkitkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd