• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, November 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Giat Kesan Individu Bergaduh Di Dataran Merdeka

oleh Mohd Arshad
dalam Terkini
0
Polis Giat Kesan Individu Bergaduh Di Dataran Merdeka
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Polis giat mengesan suspek pergaduhan membabitkan sekumpulan individu sebagaimana tular di Facebook yang dipercayai berlaku di Dataran Merdeka, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman berkata lanjutan siasatan daripada video tular itu, pihaknya telah membuat satu laporan maklumat pertama (FIR).

“Satu laporan maklumat pertama telah dibuat oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi dan siasatan dibuat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

“Usaha mengesan mereka terbabit sedang dalam tindakan pihak polis,” katanya dalam kenyataan ringkas hari ini.

Semalam, Sulizmie Affendy dilaporkan berkata polis sedang menyiasat kejadian terbabit dan semakan mendapati tiada laporan diterima setakat itu.

Video tular berdurasi 23 saat itu menunjukkan beberapa lelaki terbabit pergelutan dengan ada yang membaling topi keledar sambil disaksikan sekumpulan penunggang serta pembonceng motosikal.

Bernama-

Tags: Dataran MerdekaGaduh
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Gaduh Akibat Hutang, Kes Disiasat Bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan Kerana Cuba Membunuh

Gaduh Akibat Hutang, Kes Disiasat Bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan Kerana Cuba Membunuh

31/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Polis menyiasat kes pergaduhan yang tular di hadapan sebuah pasar raya di Taman Pulai Utama, Skudai, Johor...

13 Kanak-Kanak Ditahan, Gaduh Depan Sekolah Cetus Kebimbangan

13 Kanak-Kanak Ditahan, Gaduh Depan Sekolah Cetus Kebimbangan

11/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Tindakan sekumpulan individu bergaduh di hadapan sebuah sekolah di Bandar Selesa Jaya, Skudai, akhirnya membawa padah apabila...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd