• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

13 Kanak-Kanak Ditahan, Gaduh Depan Sekolah Cetus Kebimbangan

oleh Mynewshub
11/04/2026
dalam Utama & Sensasi
0
13 Kanak-Kanak Ditahan, Gaduh Depan Sekolah Cetus Kebimbangan
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Tindakan sekumpulan individu bergaduh di hadapan sebuah sekolah di Bandar Selesa Jaya, Skudai, akhirnya membawa padah apabila seramai 15 suspek termasuk 13 kanak-kanak lelaki ditahan polis.

 

Kejadian yang berlaku sekitar jam 12.45 tengah hari semalam itu tular di media sosial selepas satu rakaman video pergaduhan dimuat naik di Facebook, sekali gus mencetuskan kebimbangan orang ramai terhadap tahap keselamatan di kawasan sekolah.

 

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M. Kumarasan berkata, hasil tindakan pantas pihak polis, kesemua suspek berusia antara 12 hingga 37 tahun berjaya ditahan di sekitar Nusa Bestari dan Iskandar Puteri.

 

Menurut beliau, siasatan awal mendapati pergaduhan tercetus akibat rasa tidak puas hati apabila salah seorang suspek dipercayai ditampar, sebelum situasi menjadi semakin tegang selepas waktu persekolahan.

 

“Dua wanita tempatan direman selama tiga hari sehingga 13 April, manakala 13 kanak-kanak lelaki direman empat hari sehingga 14 April bagi membantu siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan.

 

Tambah beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

 

Selain itu, siasatan turut dijalankan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mendatangkan kecederaan yang boleh membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya.

 

Insiden ini sekali lagi membuka persoalan serius mengenai tahap disiplin pelajar serta pengaruh persekitaran luar yang boleh mencetuskan keganasan di kawasan sekolah.

 

Lebih membimbangkan, kejadian berlaku secara terbuka di hadapan sekolah, lokasi yang sepatutnya menjadi zon selamat buat pelajar.

 

Orang ramai kini menggesa agar pihak berkuasa serta pihak sekolah mengambil langkah lebih tegas bagi memastikan kejadian sama tidak berulang.

https://www.mynewshub.tv/wp-content/uploads/2026/04/lv_0_20260411180526.mp4
Tags: cuti sekolahGaduh
Share202Tweet126SendShare

Related Posts

Influencer Lelaki Didakwa Diserang Pekerja Kedai Tomyam

Influencer Lelaki Didakwa Diserang Pekerja Kedai Tomyam

24/12/2025
0

Influencer Lelaki Didakwa Diserang Pekerja Kedai Tomyam, Insiden Di Taiping Cetus Kontroversi TAIPING – Seorang influencer lelaki mendakwa menjadi mangsa...

Kerana Manisan Habis – Keluarga Pengantin Lelaki Dan Perempuan Gaduh Besar

Kerana Manisan Habis – Keluarga Pengantin Lelaki Dan Perempuan Gaduh Besar

13/12/2025
0

Majlis Kahwin Di India Bertukar Huru-Hara, Pengantin Perempuan Batalkan Perkahwinan   INDIA – Sebuah majlis perkahwinan di India bertukar kecoh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd