• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Gagal Ambil Keterangan Yusoff Rawther Dakwaan Diperangkap – Hakim

oleh AK-47
12/06/2025
dalam Terkini
0
Polis Gagal Ambil Keterangan Yusoff Rawther Dakwaan Diperangkap – Hakim
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR –Bekas pembantu penyelidik seorang ahli politik, Muhammed Yusoff Rawther dilepaskan dan dibebaskan (DNA) atas dua pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis dan memiliki dua pistol tiruan, di Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis.

Hakim, Datuk Muhammad Jamil Hussin memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Yusoff, 32 di akhir kes pendakwaan.

Ketika membaca keputusan, hakim itu berkata, adalah tidak selamat untuk memanggil tertuduh untuk membela diri.

Beliau berkata, berdasarkan keterangan saksi-saksi pendakwaan, mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan tertuduh mempunyai kawalan, jagaan dan pemilikan ke atas dua pistol dan dadah berkenaan.

“Keadaan tertentu dalam kes ini menimbulkan persoalan sama ada tertuduh mempunyai kawalan ekslusif terhadap senjata dan dadah itu.

“Syak wasangka tidak mencukupi untuk membuktikan tertuduh mempunyai jagaan atau kawalan ke atas dua pucuk pistol dan dadah tersebut.

“Oleh itu tertuduh dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan dihadapi tanpa perlu dipanggil membela diri,” kata hakim itu.

Mendengar keputusan berkenaan, Yusoff yang juga cucu kepada aktivis pengguna terkenal Pulau Pinang, Allahyarham SM Mohamed Idris itu meraup muka tanda kesyukuran.

Pada 12 September 2024, Yusoff didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas satu pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 305 gram.

Kesalahan didakwa dilakukan dalam kenderaan dinaikinya di hadapan surau Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, pada jam 10.15 pagi, 6 September 2024.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) akta sama yang membawa hukuman penjara seumur hidup dan disebat tidak kurang 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Dia juga didakwa atas satu pertuduhan memiliki dua pistol tiruan di tepi jalan berhampiran sebuah kondominium di Jalan Bukit Kiara di sini, pada jam 9.25 pagi, 6 September tahun sama.

Dia didakwa mengikut Seksyen 36(1) Akta Senjata 1960, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum satu tahun atau denda tidak melebihi RM5,000 atau kedua-dua sekali, jika sabit kesalahan.

Pada 12 November tahun sama, Mahkamah Majistret membenarkan kes mengedar dadah jenis kanabis, membabitkan Yusoff dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Dalam kes berkenaan, tertuduh diwakili peguam, Muhammad Rafique Rashid Ali sementara pendakwaan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Sabri Othman.

-Sinar Harian

Tags: Hakimpolisyusoff rawther
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Polis Sahkan Penyanyi Rap Antara Tiga Warga Malaysia Ditahan Pihak Berkuasa Laos

Next Post

Na’imah Dinafi Hak Dapatkan Kepastian Kedudukan Undang-undang: Peguam

Related Posts

Nahas Pelajar UPSI: Polis Tunggu Laporan Perubatan Guru Hina Mangsa

Nahas Pelajar UPSI: Polis Tunggu Laporan Perubatan Guru Hina Mangsa

19/06/2025
0

IPOH: Polis masih menunggu laporan perubatan daripada pihak hospital bagi melengkapkan siasatan kes guru memuat naik hantaran jelik berhubung kemalangan...

Polis Siasat Video Bas Pandu Melulu Di Jalan Duta-Mont Kiara

Polis Siasat Video Bas Pandu Melulu Di Jalan Duta-Mont Kiara

19/06/2025
0

KUALA LUMPUR – Polis sedang menjalankan siasatan berhubung video tular melibatkan sebuah bas yang dipercayai dipandu secara melulu sehingga hampir...

Next Post
Na’imah Dinafi Hak Dapatkan Kepastian Kedudukan Undang-undang: Peguam

Na'imah Dinafi Hak Dapatkan Kepastian Kedudukan Undang-undang: Peguam

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd