• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, November 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PMR 2025 Perak catat pengunjung tertinggi, tarik lebih 220,000 pengunjung

oleh Mohd Arshad
dalam Dalam Negara
0
PMR 2025 Perak catat pengunjung tertinggi, tarik lebih 220,000 pengunjung
Share on FacebookShare on Twitter

LUMUT – Program MADANI Rakyat 2025 peringkat negeri Perak berjaya menarik lebih 220,000 pengunjung sepanjang tiga hari penganjuran di Lumut Waterfront, sekali gus mencatatkan jumlah pengunjung tertinggi berbanding penganjuran PMR di dua lokasi sebelumnya, membuktikan sambutan hangat rakyat terhadap inisiatif kerajaan mendekatkan perkhidmatan kepada masyarakat.

Program yang berlangsung dari 13 hingga 15 Jun itu dirasmikan oleh Perdana Menteri, Dato Seri Anwar Ibrahim dan turut dihadiri Menteri Besar Perak, Dato Seri Saarani Mohamad serta Menteri Pendidikan Tinggi, Dato Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir.

Membawa tema Pendidikan Tinggi Pemacu Negara MADANI, program dikelola Kementerian Pendidikan Tinggi bersama Kerajaan Negeri Perak dengan kerjasama Pejabat Perdana Menteri ini memberi tumpuan kepada peranan institusi pendidikan tinggi sebagai pemangkin pembangunan negara.

“Penganjuran ini membuktikan komitmen kerajaan memperkukuh ekosistem pendidikan tinggi yang inklusif dan berdaya saing. Terima kasih kepada semua yang menjayakannya, terutama warga Perak,” kata Zambry.

Antara pengisian utama ialah 230 perkhidmatan touchpoint rakyat, penyertaan 8 usahawan jualan MADANI, 12 majikan dalam Karnival Kerjaya, 75 sesi libat urus pentas, 16 program satelit dan 8 agensi perkhidmatan bergerak.

Turut disediakan ialah servis asas motosikal percuma, pemeriksaan kesihatan oleh hospital pengajar universiti, program penanaman pokok bakau serta gotong royong pembersihan pantai bersama pelajar antarabangsa.

Program ini merupakan lokasi ketiga PMR 2025 selepas Sabah dan Johor, sebagai platform menyampaikan inisiatif dan dasar kerajaan secara langsung kepada rakyat, seiring dengan Agenda Pembangunan MADANI.

Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Menteri Pengangkutan Anthony Loke Umum Letak Jawatan Kali Kedua, Berkuat Kuasa Apabila Najib Tiba Di Rumah

Menteri Pengangkutan Anthony Loke Umum Letak Jawatan Kali Kedua, Berkuat Kuasa Apabila Najib Tiba Di Rumah

06/11/2026
0

PUTRAJAYA - Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook mengumumkan peletakan jawatannya berkuat kuasa serta-merta apabila bekas Perdana Menteri, Datuk Seri...

Terima Kasih Malaysia, Terima Kasih Keluarga Besar UMNO – Armand Azha

Terima Kasih Malaysia, Terima Kasih Keluarga Besar UMNO – Armand Azha

06/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua UMNO Bahagian Subang, Datuk Dr. Armand Azha Abu Hanifah merakamkan penghargaan kepada seluruh rakyat Malaysia yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd