• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nahas Di Lebuh Raya: Bayi Meninggal Selepas 2 Hari Bertarung Nyawa Di ICU

oleh Mohd Arshad
01/06/2025
dalam Terkini
0
Nahas Di Lebuh Raya: Bayi Meninggal Selepas 2 Hari Bertarung Nyawa Di ICU
Share on FacebookShare on Twitter

MUAR: Bayi perempuan yang menjadi mangsa nahas di Kilometer 144.9 Lebuh Raya Utara-Selatan (arah utara) pada Isnin lalu, menghembuskan nafas terakhirnya selepas dua hari bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF).

Difahamkan mangsa, Ayesha Sofea Anwaruddin, 2, meninggal dunia pada jam 11.13 pagi Rabu lalu akibat cedera parah apabila kereta dinaiki bersama ahli keluarganya terbabit kemalangan dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV).

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, berkata pihaknya menerima laporan kematian seorang daripada penumpang kereta terbabit, semalam.

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati kemalangan berlaku kira-kira jam 7.30 pagi membabitkan dua kenderaan.

“Hasil siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila MPV dari arah sama itu dipercayai hilang kawalan lalu merempuh belakang kereta dinaiki mangsa.

“Rempuhan itu dipercayai menyebabkan kereta terbabit hilang kawalan lalu terbabas dan merempuh besi penghadang lebuh raya,” katanya dalam satu kenyataan.

Raiz Mukhliz berkata, kemalangan itu menyebabkan tiga penumpang kereta terbabit cedera dan dikejarkan ke HPSF untuk rawatan lanjut.

Sejurus nahas itu, beliau berkata, polis telah menjalankan ujian nafas terhadap pemandu MPV dan mendapati dia bebas daripada bahan terlarang.

“Siasatan dijalankan sejak hari kemalangan berlaku dan polis akan membawa pihak bertanggungjawab ke muka pengadilan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Saksi diminta tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya.

BHonline-

Tags: bayi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bayi 6 Bulan Ditemukan Meninggal Dunia Di Rumah

Bayi 6 Bulan Ditemukan Meninggal Dunia Di Rumah

26/01/2026
0

GEORGETOWN: Bayi lelaki berusia enam bulan ditemukan meninggal di rumahnya, dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Ayer Itam, di sini,...

Bayi Setahun Maut Selepas Tak Sedar Di Rumah Pengasuh, Ada Cedera Pada Abdomen – Polis

Bayi Setahun Maut Selepas Tak Sedar Di Rumah Pengasuh, Ada Cedera Pada Abdomen – Polis

11/12/2025
0

SEREMBAN: Bayi perempuan berusia setahun meninggal dunia selepas dikatakan diambil ibunya dalam keadaan tidak sedarkan diri dari rumah pengasuh dekat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd