• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bayi 6 Bulan Ditemukan Meninggal Dunia Di Rumah

oleh Mohd Arshad
26/01/2026
dalam Terkini
0
Bayi 6 Bulan Ditemukan Meninggal Dunia Di Rumah
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGETOWN: Bayi lelaki berusia enam bulan ditemukan meninggal di rumahnya, dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Ayer Itam, di sini, hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Lee Swee Sake berkata, maklumat diterima pihaknya daripada orang awam pada jam 8.55 pagi.

Katanya, siasatan polis di tempat kejadian mendapati mangsa adalah bayi lelaki warga asing (etnik Rohingya).

“Bayi itu didapati tidak sedar diri di atas katil dalam bilik tidur oleh ibu bapanya kira-kira jam 7 pagi.

“Pemeriksaan pada badan bayi itu mendapati tiada kesan jenayah.

“Siasatan lanjut juga mendapati bayi itu mempunyai sejarah masalah kesihatan di bahagian paru-paru,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Mengulas lanjut Swee Sake berkata, bedah siasat dijalankan di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP), hari ini.

“Kes diklasifikasi sebagai mati mengejut dan satu Laporan Mati Mengejut (LMM) dibuka bagi dijalankan siasatan lanjut,” katanya lagi.

Sementara itu, bapa saudara mangsa Muhamad Yunus, 32, berkata, dia tidak menyangka semalam menjadi kali terakhir dia melihat bayi itu menerusi panggilan video yang dibuat oleh bapa mangsa.

“Menjadi kebiasaan bagi kami membuat panggilan video untuk bertanya khabar dan bayi itu dilihat gembira sambil minum susu.

“Saya juga lihat dia baik-baik sahaja, tak sangka hari ini sudah tiada. Saya bergegas dari Georgetown menaiki pengangkutan awam ke sini sebaik menerima khabar itu.

“Bayi berkenaan adalah anak bongsu daripada dua beradik manakala bapa dan ibunya masing-masing berusia 30-an dan 20-an,” katanya yang juga abang kepada bapa bayi itu.

-Harian Metro

Tags: bayimeninggal dunia
Share201Tweet126SendShare

Related Posts

Nur Izzati Humaira Ditemui Meninggal Dunia

Nur Izzati Humaira Ditemui Meninggal Dunia

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang selepas dipercayai tersesat ketika menuruni Bukit Asa, Hulu Bernam dilaporkan ditemui...

Insiden Bayi Tertukar Di Wad HTA Selesai, Diserahkan Semula Kepada Ibu

Insiden Bayi Tertukar Di Wad HTA Selesai, Diserahkan Semula Kepada Ibu

15/05/2026
0

Kuala Lumpur: Insiden pertukaran bayi secara tidak sengaja di sebuah wad di Hospital Tunku Azizah (HTA) di sini telah diselesaikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd