• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Murid 10 Tahun Maut Dipukul Guru Besar Ketika Perhimpunan Sekolah

oleh Mohd Arshad
02/06/2025
dalam Jenayah
0
Murid 10 Tahun Maut Dipukul Guru Besar Ketika Perhimpunan Sekolah
Share on FacebookShare on Twitter

PESHAWAR: Seorang murid lelaki berusia 10 tahun meninggal dunia selepas dipukul oleh guru besar sekolahnya di hadapan semua murid semasa perhimpunan pagi di sebuah sekolah swasta di utara Pakistan.

Mangsa, Khyalmat Khan, dilaporkan dipukul berulang kali dengan sebatang rotan oleh guru besar, Waar Ahmed, kerana didakwa melakukan kesalahan kecil.

Insiden itu berlaku di daerah Khyber, Pakistan, pada Jumaat lalu.

Menurut polis tempatan, Khyalmat dipukul pada bahagian tengkuk, kepala, muka dan belakang badan sebelum dikejarkan ke hospital, namun disahkan meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami.

Susulan kejadian tersebut, Waar Ahmed ditahan dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Pegawai Polis Daerah Khyber, Rai Mazhar Iqbal dalam satu kenyataan menegaskan bahawa keganasan terhadap kanak-kanak dan wanita tidak akan sesekali dibenarkan.

“Tiada siapa berhak menyalahgunakan kedudukan mulia sebagai guru untuk melakukan kekejaman sebegini.

“Guru sepatutnya menjadi penjaga, namun lelaki ini telah mencemari kesucian profesion perguruan,” katanya.

Insiden tragik itu mencetuskan kemarahan penduduk tempatan, terutama dalam kalangan ibu bapa yang menuntut pihak berkuasa mengharamkan sepenuhnya hukuman fizikal di institusi pendidikan.

Pakistan sebelum ini meluluskan satu rang undang-undang penting pada 2021 yang mengharamkan keganasan terhadap kanak-kanak di bandar Islamabad.

Undang-undang itu diperkenalkan selepas beberapa kes penderaan dan kematian membabitkan kanak-kanak di sekolah, institusi keagamaan dan tempat kerja yang dilaporkan secara meluas.

Antara kes terdahulu termasuk seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang dipukul hingga mati oleh gurunya kerana gagal menghafal satu subjek pelajaran pada Januari 2021.

Dalam kes lain pada Jun 2020, seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun yang bekerja sebagai pembantu rumah di Islamabad turut maut selepas dipukul oleh majikannya kerana didakwa membiarkan burung kakak tua peliharaan mereka terlepas.

Insiden tragik yang menimpa Khyalmat Khan sekali lagi menyorot kegagalan sistem perlindungan kanak-kanak di Pakistan dan mendesak pihak berkuasa untuk bertindak tegas bagi mengelakkan kejadian seumpama ini daripada berulang.

-Berita Harian

Tags: Guru Besarmautmurid
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Peguam Negara Dahului Senarai Penerima Darjah Kebesaran, Pingat Sempena Keputeraan Agong

Next Post

Warga British Disedari Hilang Berkunjung Ke Kelab Di Bangsar

Related Posts

Warga Emas Maut Terkena Libasan Pokok Getah

Warga Emas Maut Terkena Libasan Pokok Getah

02/07/2025
0

PENGKALAN HULU - Seorang warga emas maut selepas ditimpa pokok yang ditebang di kebunnya di Kampung Klian Intan di sini pada...

Identiti 3 Termasuk Kanak-Kanak Maut Terbalik Di Pulau Perhentian Dikenal Pasti

Identiti 3 Termasuk Kanak-Kanak Maut Terbalik Di Pulau Perhentian Dikenal Pasti

29/06/2025
0

Jertih: Tiga termasuk dua kanak-kanak perempuan berusia 10 dan tiga tahun maut dalam kejadian bot terbalik di Pulau Perhentian malam...

Next Post
Warga British Disedari Hilang Berkunjung Ke Kelab Di Bangsar

Warga British Disedari Hilang Berkunjung Ke Kelab Di Bangsar

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd