• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Pertahan Hak Iran Serang Balas Israel – PM

oleh Mohd Arshad
15/06/2025
dalam Utama & Sensasi
0
Malaysia Pertahan Hak Iran Serang Balas Israel – PM
Share on FacebookShare on Twitter

LUMUT – Malaysia mempertahankan kedaulatan dan hak Iran untuk bertindak balas terhadap serangan dilakukan rejim Israel yang disifatkan sebagai biadab dan gila.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat, Malaysia tidak akan tunduk kepada tekanan geopolitik antarabangsa, sebaliknya berpegang teguh pada prinsip membela negara yang dizalimi termasuk Iran.

“Beberapa hari lalu Iran diserang oleh Israel, senang-senang sasar bunuh saintis, pegawai tentera… mana ada negara boleh biadab, khianat, gila seperti Israel.

“Orang Islam lebih satu bilion, negara Islam kaya… tetapi tak berupaya nak bercakap dan pertahankan Iran pun tak ramai.

“Sebab itu saya beritahu kawan-kawan dalam Jemaah Menteri, Malaysia ini negara merdeka, kita berdaulat dan kita mesti pertahankan hak sahabat-sahabat kita termasuk Iran yang telah dizalimi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam perasmian penutup Program Madani Rakyat 2025 Perak di Lumut Waterfront di sini pada Ahad.

Anwar berkata, dunia ketika ini seolah-olah menutup mata apabila Israel melancarkan serangan terhadap Iran, namun bertindak keras apabila Iran melakukan serangan balas demi mempertahankan maruahnya.

“Bila Israel serang, kamu diam. Bila Iran jawab balik, kamu serang. Saya tak wakili pandangan begitu.

“Pimpinan Kerajaan Madani ini tetap berpegang kepada prinsip membela hak dan mempertahankan hak semua negara,” katanya.

Dalam masa sama, Anwar mengakui bahawa Malaysia dan Iran mempunyai beberapa perbezaan dari segi pendekatan dan dasar, namun tetap menghormati ketahanan negara itu dalam menghadapi tekanan antarabangsa termasuk sekatan ekonomi bertahun-tahun.

Katanya, Iran boleh disifatkan sebagai sebuah negara yang cekal kerana mampu membangunkan sistem pertahanan sendiri, termasuk teknologi peluru berpandu walaupun tanpa sokongan syarikat-syarikat teknologi global seperti yang dinikmati negara lain.

“Iran ditekan lama dengan sekatan ekonomi, tetapi dia bertahan. Mereka didik anak-anak dia bangunkan pendidikan dan teknologi termasuk AI (kecerdasan buatan), walaupun tidak ada syarikat-syarikat besar seperti di negara kita – ada Infineon Technologies, Nvidia Corporation, Google, Microsoft dan AMD.

“Mereka mampu hasilkan peluru berpandu anti-balistik, malah boleh sampai ke Tel Aviv,” katanya.

SinarHarian-

Tags: IranIsraelMalaysia
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Anggota Polis Aibkan Wanita Dalam Perbualan Tular Dikeluarkan Dari Penugasan

Next Post

PMR 2025 Perak catat pengunjung tertinggi, tarik lebih 220,000 pengunjung

Related Posts

Korea Utara Kutuk Serangan AS

Korea Utara Kutuk Serangan AS

23/06/2025
0

SEOUL: Korea Utara hari ini, mengecam serangan Amerika Syarikat (AS) ke atas fasiliti nuklear Iran yang disifatkan pelanggaran serius terhadap...

Serangan AS: Iran Lancar Peluru Berpandu Besar-Besaran Ke Atas Israel

Serangan AS: Iran Lancar Peluru Berpandu Besar-Besaran Ke Atas Israel

22/06/2025
0

BAITULMUQADDIS – Israel berdepan serangan peluru berpandu pada Ahad ketika Iran menegaskan bahawa semua pilihan kini terbuka untuk mempertahankan kedaulatannya,...

Next Post
PMR 2025 Perak catat pengunjung tertinggi, tarik lebih 220,000 pengunjung

PMR 2025 Perak catat pengunjung tertinggi, tarik lebih 220,000 pengunjung

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd