• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Iran Tidak Akan Hentikan Pembangunan Industri Nuklear – AEOI

oleh Mohd Arshad
22/06/2025
dalam Terkini
0
Iran Tidak Akan Hentikan Pembangunan Industri Nuklear – AEOI
Share on FacebookShare on Twitter

TEHRAN – Iran tidak berhasrat untuk menghentikan pembangunan industri nuklearnya selepas serangan ke atas beberapa kemudahan nuklear di Republik Islam itu, dan mengharapkan masyarakat antarabangsa mengecam serangan berkenaan, kata Pertubuhan Tenaga Atom Iran (AEOI) dalam satu kenyataan, lapor Sputnik/RIA Novosti.

“Kami mengharapkan masyarakat antarabangsa mengecam tindakan melanggar undang-undang yang berasaskan undang-undang rimba ini dan menyokong Iran dalam mencapai hak sahnya.

AEOI memberi jaminan kepada rakyat Iran bahawa meskipun terdapat komplot jahat musuh-musuhnya, dengan usaha ribuan ahli sainsnya, pembangunan industri nuklear negara tidak akan dibiarkan terhenti,” menurut AEOI dalam hantaran di Telegram.

AEOI mengesahkan kemudahan nuklear di Natanz, Fordow dan Isfahan telah diserang oleh “musuh”.

“Awal pagi ini, kemudahan nuklear di Fordow, Natanz dan Isfahan telah diserang oleh musuh Republik Islam Iran, satu tindakan kejam yang bertentangan dengan semua norma antarabangsa, khususnya Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear,” katanya.

AEOI turut menyebut bahawa Presiden Amerika Syarikat Donald Trump telah mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu. Namun begitu, agensi itu tidak menuduh Washington secara langsung.

Sementara itu di Doha, Suruhanjaya Kawal Selia Nuklear dan Radiologi Arab Saudi memaklumkan bahawa tiada perubahan tahap radiasi dikesan di negara-negara Arab di Teluk Parsi, termasuk Arab Saudi, selepas serangan AS ke atas kemudahan nuklear Iran.

“Tiada kesan radioaktif terhadap alam sekitar kerajaan ini dan negara-negara Teluk dikesan akibat serangan tentera AS ke atas kemudahan nuklear Iran,” menurut suruhanjaya itu di X.

Pusat keselamatan nuklear Iran juga memaklumkan bahawa tiada kesan pencemaran dikesan selepas serangan AS ke atas kemudahan nuklear negara itu. 

-Bernama/Sputnik,Ria Novosti

Tags: Iran
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Iran Tolak Jabat Tangan Dengan AS, Rundingan Damai Bertukar Tegang

Iran Tolak Jabat Tangan Dengan AS, Rundingan Damai Bertukar Tegang

22/06/2026
0

Oleh Mynewshub SWITZERLAND – Rundingan damai berprofil tinggi antara JD Vance dan delegasi Iran dilaporkan bertukar tegang selepas wakil Tehran...

Angkara Israel – Iran Umum Tutup Kembali Selat Hormuz

Angkara Israel – Iran Umum Tutup Kembali Selat Hormuz

20/06/2026
0

Oleh Mynewshub TEHRAN – Pihak tentera pusat Iran mengumumkan penutupan Selat Hormuz sebagai tindak balas terhadap serangan Israel di selatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd