• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dua Individu Bergelar Datuk Ditahan Kes Jemaah Haji Terkandas Di KLIA

oleh Mohd Arshad
05/06/2025
dalam Jenayah
0
Dua Individu Bergelar Datuk Ditahan Kes Jemaah Haji Terkandas Di KLIA
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki dan seorang wanita bergelar Datuk ditahan bagi membantu siasatan kes jemaah haji terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada Selasa.

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Muhammed Hasbullah Ali berkata, kedua-dua individu berusia 36 dan 39 tahun itu ditahan oleh pasukan petugas Op Haji Terkandas.

“Kedua-dua suspek direman selama sehari bagi membantu siasatan, sebelum dibebaskan dengan jaminan polis semalam,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Muhammed Hasbullah berkata, pihaknya menafikan laporan yang mendakwa pasukan petugas Op Haji Terkandas telah menahan 80 jemaah haji yang kononnya menggunakan visa pelancong untuk ke Makkah.

“Dalam insiden yang berlaku pada Isnin, pasukan petugas tersebut telah mengesan kehadiran sekumpulan jemaah haji di KLIA yang sedang menunggu ketibaan seorang individu bergelar Datuk.

“Individu tersebut dikatakan akan menyerahkan visa yang membolehkan mereka berlepas ke tanah suci, namun visa yang dijanjikan tidak pernah diperoleh,” katanya.

Beliau berkata, susulan itu, salah seorang mangsa telah membuat laporan polis mendakwa beliau dan isterinya telah menyerahkan pasport antarabangsa kepada dua individu yang menawarkan pakej haji secara percuma.

“Pakej tersebut didakwa dikendalikan oleh sebuah agensi pelancongan yang berdaftar sebagai pengelola jemaah haji bagi tahun ini.

“Mangsa dijanjikan penerbangan ke Makkah pada Ahad, namun sehingga Selasa tiada sebarang pengesahan penerbangan diterima daripada pihak syarikat berkenaan,” katanya.

Menurutnya, mangsa turut menyatakan kebimbangan mengenai kemungkinan maklumat peribadi serta pasport antarabangsa beliau dan isterinya disalahgunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Hasil semakan mendapati sebanyak tujuh laporan polis telah diterima setakat ini berkaitan penipuan tawaran haji oleh syarikat terbabit.

“Walau bagaimanapun, tiada kerugian kewangan dilaporkan memandangkan pakej haji berkenaan ditawarkan secara percuma dan kes disiasat mengikut Seksyen 420/511 Kanun Keseksaan,” katanya.

Muhammed Hasbullah berkata, orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berwaspada terhadap sebarang tawaran luar biasa berkaitan ibadah haji, selain memastikan sebarang urusan hanya dibuat dengan pihak yang sah dan diiktiraf oleh pihak berkuasa.

-Sinar Harian

Tags: HajiKes Jemaah Haji Terkandaspolis
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

2 Kontena Dari China Ditahan, JKDM Rampas Vape Lebih RM5.14 Juta

Next Post

Malaysia Kesal Dengan Kegagalan Berulang Majlis Keselamatan PBB Bertindak Terhadap Situasi Di Gaza

Related Posts

Polis Panggil Wanita Peserta Program Motivasi Didakwa Promosi Budaya Songsang, Menyimpang Agama

Polis Panggil Wanita Peserta Program Motivasi Didakwa Promosi Budaya Songsang, Menyimpang Agama

12/07/2025
0

SHAH ALAM: Polis memanggil seorang wanita dan saksi lain berada di lokasi penganjuran program motivasi rumah tangga di sebuah pusat konvensyen di...

Dua Lagi Ejen Kereta Ditahan

Dua Lagi Ejen Kereta Ditahan

05/07/2025
0

REMBAU – Dua lagi lelaki yang merupakan pemilik tiga buah kereta yang didapati menghalang laluan di Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan...

Next Post
Malaysia Kesal Dengan Kegagalan Berulang Majlis Keselamatan PBB Bertindak Terhadap Situasi Di Gaza

Malaysia Kesal Dengan Kegagalan Berulang Majlis Keselamatan PBB Bertindak Terhadap Situasi Di Gaza

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd