• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bayi Maut Dihempap Lengan Bapa Kena Serangan Jantung, Bapa Turut Meninggal

oleh Mohd Arshad
19/06/2025
dalam Terkini
0
Bayi Maut Dihempap Lengan Bapa Kena Serangan Jantung, Bapa Turut Meninggal
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA: Bayi lelaki berusia tiga bulan maut dipercayai lemas akibat dihempap lengan bapanya yang secara tiba-tiba diserang sakit jantung di rumah mereka di Jalan Perigi Hang di sini, pagi tadi.

Bapa bayi berkenaan turut disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung.

Kejadian jam 9.30 pagi disedari ibu bayi itu, Azura Abdul Malik, 40, yang pulang ke rumah dari tempat kerja untuk membawa anak bongsu daripada tiga beradik itu, Muhammad Nur Daniel Nurul Effendy mendapatkan suntikan di klinik kesihatan.

Azura berkata, setiba di rumah, dia terkejut melihat keadaan bayinya berada di bawah lengan suaminya, Nurul Effendy Ibrahim, 35, yang ketika itu dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Saya terkejut bila masuk ke dalam bilik tidur. Saya lihat kedua-dua mereka yang berada di atas katil tidak sedarkan diri, namun tiada kesan darah.

“Ketika itu, bayi masih bernyawa namun keadaannya begitu lemah,” katanya yang bekerja sebagai pembantu tadbir di Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

Katanya, dia bergegas memberitahu adik iparnya yang tinggal di hadapan rumah sebelum mereka membawa bayinya ke Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Melaka, namun anak bongsunya itu disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Katil, Pegawai Bomba Kanan (PBK) ll Mohd Supian Md Dali, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada pihak hospital pada jam 9.58 pagi.

Menurutnya, bomba dimaklumkan terdapat satu mangsa lelaki berusia 30 tahun meninggal dunia di lokasi dan bayinya meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di hospital.

“Pasukan bomba kemudian membuat pemeriksaan di kediaman sekiranya berlaku kebocoran gas, namun hasil siasatan lanjut mendapati mangsa mungkin maut akibat serangan jantung, jadi bantuan Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) dibatalkan,” katanya.

BHonline-

Tags: Bapabayi mautmautserangan jantung
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin berkongsi detik menyentuh hati...

Bahana Jalan Berlubang  – Anggota Trafik Maut

Bahana Jalan Berlubang – Anggota Trafik Maut

06/03/2026
0

KUALA BERANG – Seorang anggota trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu maut selepas motosikal yang dinaikinya terbabas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd