• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, January 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Banjir Kilat Landa Balik Pulau, Turut Sebabkan Kesesakan Lebih 3 KM

oleh AK-47
16/06/2025
dalam Terkini
0
Banjir Kilat Landa Balik Pulau, Turut Sebabkan Kesesakan Lebih 3 KM
Share on FacebookShare on Twitter

Balik Pulau: Penempatan penduduk di beberapa lokasi termasuk perkarangan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Balik Pulau di sini, dilanda banjir kilat susulan hujan lebat lebih dua jam, hari ini.

Lokasi terjejas termasuk Titi Teras, Lorong Haji Taufik, Kampung Sungai Rusa, Taman Manggis dan Air Putih.

Difahamkan, berlaku kesesakan sejauh tiga kilometer di persimpangan Air Putih ke Pekan Balik Pulau susulan laluan dinaiki air.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Balik Pulau yang juga Komander Operasi, Mohd Faris Mansor berkata, pihaknya menerima panggilan jam 3.53 petang.

“Keadaan lokasi kejadian yang berada di kaki bukit menyebabkan air memenuhi longkang dan melimpah di jalan raya.

“Air turut memasuki empat rumah dengan anggaran kedalaman 0.3 meter, kawasan perkarangan BBP Balik Pulau turut digenangi air, tetapi tidak masuk ke dalam bangunan.

“Pemantauan dilakukan pasukan penyelamat dan mendapati keadaan terkawal serta tidak membabitkan pemindahan mangsa,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohd Faris berkata, pihaknya turut mengalami kesukaran untuk segera tiba di lokasi terjejas kerana kesesakan lalu lintas.

Malah, pihaknya turut berdepan risiko arus deras, renjatan elektrik dan longkang besar tidak berpenutup.

“Kita turut terima maklumat mengenai paras air yang meningkat di kawasan Air Putih, Sungai Burung dan Sungai Pinang susulan hujan lebat dan air pasang.

“Walaupun air sudah surut dan keadaan terkawal, pasukan penyelamat sentiasa diletakkan dalam keadaan bersedia sekiranya berlaku banjir kilat susulan,” katanya.

-Harian Metro

Tags: Balik Pulaubanjir kilat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Detik Menakutkan Ketika Banjir Kilat Melanda

Detik Menakutkan Ketika Banjir Kilat Melanda

08/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Rakaman video yang tular merakam detik menakutkan ketika banjir kilat melanda kawasan Kayu Pasak, Salareh Aia, Palembayan...

Tiga Daerah Dilanda Banjir Kilat, Bomba Dalam Keadaan Bersiap Sedia

Tiga Daerah Dilanda Banjir Kilat, Bomba Dalam Keadaan Bersiap Sedia

03/10/2025
0

ALOR SETAR: Hujan lebat sejak jam 6 petang tadi menyebabkan beberapa kawasan di negeri ini dilanda banjir. Berdasarkan tinjauan, daerah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd