• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 9, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

5 Termasuk Empat Pengarah Syarikat Direman Kes Dokumen Palsu Permit Pekerja Asing

oleh AK-47
24/06/2025
dalam Jenayah
0
5 Termasuk Empat Pengarah Syarikat Direman Kes Dokumen Palsu Permit Pekerja Asing
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Lima individu, termasuk empat pengarah syarikat dengan seorang daripadanya warga Bangladesh ditahan selepas disyaki mengemukakan dokumen palsu bagi permohonan permit pekerja asing di Selangor.

Menurut sumber, semua suspek terdiri daripada empat lelaki dan seorang wanita berusia antara 20 hingga 60-an.

Katanya, kelima-lima mereka ditahan antara jam 3 hingga 6 petang semalam ketika hadir ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor untuk memberi keterangan.

“Semua suspek dipercayai mengemukakan dokumen permohonan Program Rekalibrasi Tenaga Kerja 2.0 kepada Jabatan Imigresen Selangor.

“Dokumen itu mengandungi butir matan palsu dan dipercayai bertujuan memperdayakan pihak Imigresen,” katanya.

Menurutnya, perbuatan itu dipercayai dilakukan melalui syarikat masing-masing antara 2023 hingga 2024.

Sehubungan itu, semua suspek kini direman empat hari sehingga 27 Jun ini untuk siasatan lanjut.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Mohamad Redza Azhar Rezali selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret 2 Shah Alam, pagi tadi.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Hairuzam Mohmad Amin@Hamim, mengesahkan penahanan itu dan berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Katanya, tiga lagi individu turut ditahan semalam, namun mereka dibebaskan atas faktor kesihatan.

“Mereka dilepaskan selepas keterangan diambil dengan jaminan RM10,000 dengan dua penjamin setiap seorang,” katanya.

-Berita Harian

Tags: pengarah syarikatreman
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Johnny Lim Anak Cina Pertama Naik Pangkat Leftenan Jeneral

Next Post

8 Kes Kecurian Kabel Tapak Projek ECRL Di Kuantan

Related Posts

Dua Termasuk Penjawat Awam Direman, Salah Guna Kedudukan Dan Subahat

Dua Termasuk Penjawat Awam Direman, Salah Guna Kedudukan Dan Subahat

02/07/2025
0

Alor Setar: Dua individu termasuk seorang penjawat awam direman bagi membantu siasatan kes menyalahgunakan kedudukan dengan mencadangkan dan bersubahat dengan...

Nahas Pelajar UPSI: Pemandu Bas Akan Direman Selepas Keluar Hospital

Nahas Pelajar UPSI: Pemandu Bas Akan Direman Selepas Keluar Hospital

10/06/2025
0

Ipoh: Perintah reman terhadap pemandu bas yang terbabit dalam kemalangan ngeri sehingga mengorbankan 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI),...

Next Post
8 Kes Kecurian Kabel Tapak Projek ECRL Di Kuantan

8 Kes Kecurian Kabel Tapak Projek ECRL Di Kuantan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd