• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

18 Individu Ditahan Iran, Didakwa Bina Dron Untuk Israel

oleh Mohd Arshad
19/06/2025
dalam Antarabangsa
0
18 Individu Ditahan Iran, Didakwa Bina Dron Untuk Israel
Share on FacebookShare on Twitter

TEHRAN – Polis Iran menahan seramai 18 individu di Mashhad kerana disyaki menjalankan bengkel rahsia pembuatan dron intipan dan serangan bunuh diri bagi pihak rejim Israel.

Penahanan itu merupakan sebahagian daripada tindakan berterusan pihak berkuasa Tehran bagi membanteras rangkaian pengintipan dan sabotaj yang didakwa dikendalikan agensi perisikan Israel, Mossad.

Dalam insiden berasingan beberapa hari lalu, pihak berkuasa di wilayah Isfahan turut menahan empat suspek selepas menemui sebuah fasiliti pengeluaran dron, lengkap dengan pelbagai peralatan dan alat ganti berskala besar.

Sementara itu di wilayah Qazvin, lima individu lain turut diberkas atas dakwaan mencetuskan huru-hara serta menyokong tindakan ketenteraan Israel.

Menurut laporan portal berita Iran, Al Mayadeen, sekumpulan ejen lain turut ditahan di Lorestan, barat Iran, selepas didakwa terlibat dalam memfasilitasi pencerobohan Israel.

Siri penahanan terbaru ini hadir ketika operasi balas risikan Iran semakin dipertingkatkan, susulan peningkatan aktiviti jaringan Mossad di dalam negara itu.

Fokus utama adalah terhadap kumpulan sabotaj yang dikaitkan dengan teknologi dron dan sistem peluru berpandu berpandu automatik.

Awal bulan ini, media Israel dan beberapa laporan yang dikaitkan dengan agensi risikan mendedahkan kewujudan pangkalan rahsia Mossad di sekitar Tehran.

Operasi itu dilaporkan menggunakan dron meletup dan peluru berpandu anti-kereta kebal automatik (ATGM) bagi menyerang sistem pertahanan udara dan pusat komando Iran – yang dipercayai membuka laluan kepada serangan udara pertama Israel pada 13 Jun lalu.

SinarHarian-

Tags: dronIranIsrael
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Perancis Haramkan Itamar Ben-Gvir Masuk Masuk Wilayah Negara Itu

Perancis Haramkan Itamar Ben-Gvir Masuk Masuk Wilayah Negara Itu

23/05/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  PARIS – Kerajaan Perancis secara rasmi mengharamkan Menteri Keselamatan Nasional Israel, Itamar Ben-Gvir daripada memasuki wilayah negara itu...

Infrastruktur Telekom Israel Didakwa Diguna Untuk Intip Pengguna Di Lebih 10 Negara Termasuk Malaysia

Infrastruktur Telekom Israel Didakwa Diguna Untuk Intip Pengguna Di Lebih 10 Negara Termasuk Malaysia

05/05/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Satu pendedahan mengejutkan mendakwa infrastruktur telekomunikasi milik Israel telah digunakan secara meluas untuk tujuan pengawasan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd