• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, January 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

15 Maut, Bas Bawa Pelajar UPSI Terbalik Di Jalan Raya Timur Barat

oleh Mohd Arshad
09/06/2025
dalam Utama & Sensasi
0
15 Maut, Bas Bawa Pelajar UPSI Terbalik Di Jalan Raya Timur Barat
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Seramai 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) disahkan maut dan tujuh parah apabila bas yang dinaiki mereka dalam perjalanan pulang ke universiti itu terbabit dalam kemalangan dan terbalik di Jalan Raya Timur Barat, berhampiran Tasik Banding, Perak awal pagi tadi.

Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Angkatan Pertahanan Awam (APM) Hulu Perak dalam kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan itu daripada Hospital Gerik pada jam 1.10 pagi tadi.

“Sampai di lokasi, didapati berlaku kemalangan jalan raya membabitkan sebuah bas terbalik dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Alza,” menurut kenyataan itu.

PKOD APM Hulu Perak turut memaklumkan keseluruhan 48 mangsa yang terbabit, termasuk 13 orang meninggal dunia di lokasi kejadian dan dua orang di hospital, manakala empat lagi mangsa tercedera.

Difahamkan bas yang membawa pelajar UPSI itu dalam perjalanan dari Jertih, Terengganu ke Tajung Malim, Perak.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon dalam kenyataan berasingan berkata bas dan kereta jenis Perodua Alza itu dalam laluan yang sama iaitu dalam perjalanan dari Jeli, Kelantan ke Gerik.

Beliau turut mengesahkan kemalangan melibatkan mangsa seramai 48 orang dalam kemalangan yang menyebabkan bas terbalik dan kereta terbabas ke dalam parit. itu.

“Terdapat mangsa yang berjaya keluar dengan sendiri, ada mangsa yang tercampak keluar dan ada mangsa yang masih berada di dalam bas.

“Ketua Operasi melakukan size up dan mengaplikasikan konsep saver dengan mengarahkan anggota membuat pemotongan pada bahagian belakang bas, untuk membuat ruang kerja dengan menggunakan peralatan khas pemotong hidraulik,” katanya.

Sayani berkata, apabila ruang kerja berjaya dilakukan didapati terdapat enam mangsa yang masih berada di dalam bas.

Sayani berkata, tindakan penyelamatan seterusnya dilakukan oleh bomba dengan menstabilkan mangsa yang cedera dan membawa mereka keluar dari dalam bas dan diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk tindakan lanjut.

“Mangsa-mangsa yang cedera termasuk yang berjaya keluar dengan sendiri sudah diberi rawatan awal oleh pihak KKM yang berada di lokasi. Mangsa yang meninggal dunia telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Mangsa yang cedera telah dihantar ke hospital dengan menggunakan kenderaan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS), ambulans KKM dan APM,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UPSI, Prof Dr Norkhalid Salimin ketika dihubungi berkata, kebanyakan penumpang bas adalah pelajar UPSI yang dalam perjalanan dari Terengganu, pulang ke kampus di Tanjong Malim selepas cuti perayaan Aidiladha.

“Semua mereka berkumpul di Jerteh dan menyewa bas sendiri untuk pulang ke kampus di Tanjong Malim selepas pulang beraya di kampung halaman masing-masing,” katanya.

BHonline-

Tags: Jalan Raya Timur Baratnahas mautpelajar UPSI
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Bas Persiaran Disewa Atas Inisiatif Pelajar Balik Bercuti Sempena Aidiladha, Ia Bukan Bas UPSI’ – Naib Canselor UPSI

‘Bas Persiaran Disewa Atas Inisiatif Pelajar Balik Bercuti Sempena Aidiladha, Ia Bukan Bas UPSI’ – Naib Canselor UPSI

09/06/2025
0

IPOH: Bas yang membawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terbabit nahas maut di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd