• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Situasi Penculikan Lancar, Pamela Mungkin ‘Culik Diri Sendiri’ – Ketua Polis KL

oleh Mohd Arshad
08/05/2025
dalam Terkini
0
Situasi Penculikan Lancar, Pamela Mungkin ‘Culik Diri Sendiri’ – Ketua Polis KL
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Polis tidak menolak kemungkinan kes penculikan Datin Seri Pamela Ling Yueh, pada 9 April lalu di Putrajaya, adalah rancangan yang dibuat wanita terbabit sendiri.

Elemen itu adalah antara intipati yang turut diambil kira pasukan siasatan dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa, berkata beliau tidak menolak kemungkinan faktor itu, namun pada masa ini konteks itu masih berada dalam peringkat awal siasatan.

“Kita tidak dapat mengesahkan kesahihan perkara ini, namun ia turut diambil kira dalam elemen siasatan kita.

“Berdasarkan rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV), polis mendapati mangsa mengikut arahan suspek yang melarikannya tanpa berlaku sebarang pergelutan dan situasi pergerakan penculikan berjalan lancar.

“Pada masa ini, kita menyiasat dari semua aspek sama ada kes ini benar-benar satu penculikan atau sesuatu yang dirancang oleh mangsa sendiri,” katanya pada sidang media di Ibu Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Berita lanjut menyusul

BHonline-

Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pakistan Dakwa Tembak Jatuh 12 Dron Israel Milik India

Next Post

Wanita Maut Di KESAS Dipercayai Terjun Dari Van Selepas Bertengkar Dengan Suami – Polis

Related Posts

Dua Van Kilang Bertembung, Pemandu Tersepit

Dua Van Kilang Bertembung, Pemandu Tersepit

18/05/2025
0

BAYAN LEPAS – Seorang lelaki cedera selepas tersepit di bahagian tempat duduk pemandu dalam kemalangan membabitkan dua buah van kilang...

Tawaran Kemasukan Tingkatan Enam Boleh Disemak Mulai Esok

Tawaran Kemasukan Tingkatan Enam Boleh Disemak Mulai Esok

18/05/2025
0

Kuala Lumpur: Semakan tawaran kemasukan ke Tingkatan Enam Semester 1 Tahun 2025 boleh dibuat secara dalam talian mulai esok melalui...

Next Post
Wanita Maut Di KESAS Dipercayai Terjun Dari Van Selepas Bertengkar Dengan Suami – Polis

Wanita Maut Di KESAS Dipercayai Terjun Dari Van Selepas Bertengkar Dengan Suami - Polis

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd