• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Siasatan ‘Ganjaran’ Sapura: SPRM Siasat Tan Sri, Beku 83 Akaun Babitkan Lebih RM158.26 Juta

oleh Mohd Arshad
08/05/2025
dalam Terkini
0
Siasatan ‘Ganjaran’ Sapura: SPRM Siasat Tan Sri, Beku 83 Akaun Babitkan Lebih RM158.26 Juta
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Seorang tokoh perniagaan bergelar Tan Sri disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan Sapura Energy Bhd (SEB).

BH difahamkan, individu berkenaan sudah hadir ke Ibu Pejabat SPRM untuk dirakam percakapan selama dua hari berturut-turut.

Bagaimanapun, sumber SPRM mengesahkan, tiada tangkapan dibuat setakat ini.

“Fokus siasatan menjurus kepada kesalahan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009 iaitu salah guna kuasa dalam isu membabitkan ganjaran yang meliputi gaji, bonus dan syer, selain ‘branding fee’ (yuran penjenamaan) dan amalan ‘private placement’ (penyenaraian persendirian) antara 2012 hingga 2021.

“Siasatan juga sedang mengenal pasti kesalahan pecah amanah, salah guna dana dan pemalsuan di bawah Kanun Keseksaan,” kata sumber itu hari ini.

Sebelum ini media melaporkan SPRM membuka dua kertas siasatan selepas menerima maklumat berhubung pembayaran rasuah dan penyelewengan membabitkan syarikat penyedia penyelesaian minyak dan gas, Sapura Energy Berhad.

Menurut sumber, ia berdasarkan siasatan awal dibuka SPRM pada penghujung 2023 yang turut membabitkan tuntutan-tuntutan dibuat syarikat berkenaan.

Dua kertas siasatan ini dibuka menjurus kepada kegiatan pengubahan wang haram dan penyelewengan melibatkan tuntutan-tuntutan sekitar 2018, ketika syarikat itu dikenali sebagai Sapura Kencana Petroleum Berhad.

Dalam pada itu BH difahamkan, SPRM turut menggeledah beberapa lokasi termasuk di pejabat di Seri Kembangan dan sebuah menara di ibu negara, selain kediaman Tan Sri berkenaan.

SPRM juga sudah membekukan 83 akaun bank milik lima individu dan 15 syarikat membabitkan nilai kira-kira RM158.26 juta susulan siasatan sama.

BHonline-

Tags: Sapura EnergySPRMtan sri
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Tiada unsur rasuah, penyelewengan serta salah guna kuasa dalam proses pemberimilikan enam kolam takungan banjir Dewan Bandaraya...

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd