• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peguam Lapor Polis Kehilangan Pamela Ling – SPRM

oleh Mohd Arshad
04/05/2025
dalam Jenayah
0
Peguam Lapor Polis Kehilangan Pamela Ling – SPRM
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Peguam Datin Seri Pamela Ling Yueh sudah membuat laporan polis berhubung kehilangan wanita itu yang sepatutnya hadir membantu siasatan kes Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 9 April lalu.

SPRM berkata, wanita itu sepatutnya hadir ke Ibu Pejabat SPRM pada hari berkenaan untuk membantu siasatan di bawah Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA 2001).

Namun katanya, Pamela gagal hadir dan tidak dapat dihubungi oleh pegawainya.

“Wanita itu gagal hadir ke Ibu Pejabat SPRM pada tarikh itu serta peranti komunikasinya gagal dihubungi oleh pegawai SPRM.

“Satu laporan polis turut dibuat oleh peguam yang mewakili wanita itu mengenai kehilangannya pada hari yang sama,” kata SPRM dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

SPRM berkata, ketika ini pihaknya akan menyerahkan usaha mengesan wanita terbabit kepada pihak PDRM berdasarkan laporan polis yang telah dibuat.

“Mana-mana pihak diminta tidak membuat sebarang spekulasi serta tidak menyebarkan maklumat daripada sumber berita yang tidak sahih dan memberikan ruang kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan,” katanya.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa hari ini dilaporkan berkata, pihaknya mengklasifikasikan kehilangan Pamela yang dijadualkan hadir ke pejabat SPRM Putrajaya pada 9 April lalu bagi memberi keterangan berkaitan satu siasatan, sebagai kes culik.

Beliau juga mengesahkan tidak menerima sebarang tuntutan wang tebusan membabitkan Pamela.

Media sebelum ini melaporkan, Pamela menaiki kenderaan e-hailing dari kediamannya di Cheras sebelum dikatakan dipintas sekumpulan lelaki.

Menurut ahli keluarganya, wanita itu menghantar mesej terakhir kepada peguamnya pada jam 1.57 tengah hari memaklumkan bahawa dia sedang dalam perjalanan ke pejabat SPRM dan dijangka tiba jam 2.08 petang.

Susulan itu, polis turut mengesahkan, sudah merakam percakapan beberapa individu termasuk pegawai SPRM dan peguam mangsa bagi membantu siasatan menyeluruh kes berkenaan.

-Berita Harian

Tags: Pamela Ling YuehSPRM
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Rafizi Suarakan Hasrat Letak Jawatan?

Next Post

Pasangan Kekasih Ditahan Polis, Curi Barang Kemas Bernilai RM111,743

Related Posts

Keluarga Beng Hock Tolak Permohonan Maaf Azam Baki, Anggap Ia Sandiwara Publisiti

Keluarga Beng Hock Tolak Permohonan Maaf Azam Baki, Anggap Ia Sandiwara Publisiti

16/07/2025
0

KUALA LUMPUR: Keluarga mendiang Teoh Beng Hock menyifatkan permohonan maaf oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri...

Tiada Salah Laksana Keadilan Terhadap Na’imah – Pendakwa Raya

Tiada Salah Laksana Keadilan Terhadap Na’imah – Pendakwa Raya

11/07/2025
0

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu, pertuduhan terhadap isteri bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin berhubung kesalahan gagal...

Next Post
Pasangan Kekasih Ditahan Polis, Curi Barang Kemas Bernilai RM111,743

Pasangan Kekasih Ditahan Polis, Curi Barang Kemas Bernilai RM111,743

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd