• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Majlis Media Malaysia Dijangka Dilancar Sempena HAWANA 2025

oleh Mohd Arshad
27/05/2025
dalam Terkini
0
Majlis Media Malaysia Dijangka Dilancar Sempena HAWANA 2025
Share on FacebookShare on Twitter

Putrajaya: Usaha ke arah pembentukan secara rasmi Majlis Media Malaysia (MMM) sedang digerakkan dan pengumuman mengenainya dijangka dibuat menjelang sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2025 pada 14 Jun.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata, usaha tersebut akan digerakkan selepas Rang Undang-Undang (RUU) MMM yang diluluskan Dewan Rakyat pada 26 Februari lalu dan Dewan Negara pada 19 Mac mendapat perkenaan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan seterusnya diwartakan.

“Kita jangka dalam masa beberapa minggu ini, kita akan dapat menggerakkan usaha ke arah pembentukan secara rasmi Majlis Media Malaysia, setelah RUU itu diperkenan Yang di-Pertuan Agong dan diwartakan.

“Ia akan makan sedikit masa kerana selain daripada aspek pentadbiran, ada juga aspek kewangan yang kita perlu tunggu daripada Kementerian Kewangan. Saya jangka, insya-Allah menjelang HAWANA, kita akan ada berita baik tentang pembentukan MMM,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan Kementerian Komunikasi, di sini, yang turut dihadiri timbalannya Teo Nie Ching serta Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Mohamad Fauzi Md Isa.

Fahmi sebelum ini berkata, MMM yang penubuhannya diluluskan Parlimen dijangka dapat diwujudkan dan memainkan peranannya bermula pertengahan tahun ini.

MMM akan berperanan sebagai badan kawal selia kendiri yang melindungi kebebasan media dan memastikan etika kewartawanan dipatuhi sekali gus memperkasakan industri media di Malaysia.

Terdahulu dalam ucapannya, Fahmi berkata, HAWANA 2025 bukan sekadar acara sambutan tetapi satu platform untuk memperkukuh ekosistem media dan menghargai peranan yang dimainkan oleh semua wartawan.

“Ia juga untuk memperkukuh nilai profesionalisme dan kebebasan bersuara yang bertanggungjawab dalam kalangan pengamal media dan sebagai pembuka tirai, Pra-Pelancaran HAWANA akan diadakan pada 3 Jun ini di Wisma Bernama,” katanya.

Majlis kemuncak sambutan HAWANA 2025 akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) dengan dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan kira-kira 1,000 pengamal media dari dalam dan luar negara dijangka hadir.

HAWANA yang dianjurkan Kementerian Komunikasi dengan Bernama sebagai agensi pelaksana, menampilkan pelbagai acara termasuk Pesta Pantun pada 31 Mei dan majlis prapelancaran bersama rakan strategik di Wisma Bernama pada 3 Jun, serta forum media anjuran bersama Institut Akhbar Malaysia (MPI) pada 14 Jun.

-Harian Metro

Tags: HAWANA 2025majlis media malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Majlis Media Malaysia Berfungsi Selaku Badan Kawal Selia, Sokongan Penting Media Tempatan

Majlis Media Malaysia Berfungsi Selaku Badan Kawal Selia, Sokongan Penting Media Tempatan

14/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Majlis Media Malaysia (MMM) akan berfungsi bukan sahaja sebagai badan kawal selia, tetapi sebagai sokongan penting kepada agensi...

KPDN Sedia Siasat Dakwaan Kartel Industri Beras

RUU Penubuhan Majlis Media Malaysia Kini Di Peringkat Akhir – Fahmi

20/02/2024
0

PUTRAJAYA: Kerajaan kini dalam fasa terakhir untuk membawa Draf Rang Undang-undang (RUU) Majlis Media Malaysia (MMC) ke Kabinet, kata Menteri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd