• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes SRC: Nasib Najib Diketahui Selasa Ini

oleh Mohd Arshad
04/05/2025
dalam Terkini
0
Kes SRC: Nasib Najib Diketahui Selasa Ini
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur: Keputusan sama ada Jabatan Peguam Negara (AGC) menerima representasi dikemukakan Datuk Seri Najib Razak untuk menggugurkan tiga lagi pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM27 juta dana SRC International Sdn Bhd atau sebaliknya akan diketahui 6 Mei ini.

Dalam prosiding terakhir pada 10 Mac lalu, Hakim Mahkamah Tinggi, K Muniandy menetapkan tarikh pengurusan kes itu bagi membolehkan pihak pendakwaan memaklumkan kepada mahkamah mengenai keputusan representasi berkenaan.

Pada prosiding itu, Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Ashrof Adrin Kamarul memaklumkan mahkamah, representasi yang dihantar itu belum diputuskan lagi.

Sementara itu, peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib memaklumkan kepada mahkamah, pihaknya akan menyerahkan surat tambahan bagi mendapatkan maklum balas berhubung representasi itu yang dihantar pada Ogos 2023 kepada AGC.

Pada 3 Februari 2019, Najib, 71, mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan menerima wang berjumlah RM27 juta hasil kegiatan haram menerusi tiga akaun bank AmPrivate Banking miliknya, di AmIslamic Bank Berhad, Bangunan Ambank Group, Jalan Raja Chulan pada 8 Julai 2014.

Pertuduhan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM5 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Najib kini menjalani hukuman di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022 selepas disabitkan kesalahan menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Mahkamah Tinggi sebelum itu menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta dan keputusan itu dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan dan Persekutuan selepas menolak rayuan Najib.

Beliau memfailkan petisyen bagi mendapatkan pengampunan diraja pada 2 September 2022 dan Lembaga Pengampunan kemudiannya mengurangkan hukuman penjara daripada 12 tahun kepada enam tahun manakala denda dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.

Mahkamah Tinggi pada minggu ini juga akan meneruskan dengan mendengar perbicaraan kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berjumlah RM2.3 bilion yang dihadapi Najib.

Minggu lalu, mahkamah mendengar keterangan bekas pegawai bank Goldman Sachs, Roger Ng Chong Hwa yang sebelum ini disabitkan membantu menggelapkan berbilion dolar daripada dana 1MDB.

Dalam keterangan itu, Roger Ng yang juga bekas Ketua Perbankan Pelaburan Goldman Sachs memberitahu mahkamah, beliau tidak dituduh berkonspirasi dengan Najib di mahkamah Amerika Syarikat (AS).

Beliau disabitkan dengan tiga tuduhan konspirasi berkaitan transaksi 1MDB di Mahkamah Persekutuan Brooklyn (Eastern District Court) pada 9 Mac 2023 dan dijatuhkan hukuman 10 tahun penjara oleh Hakim Margo Brodie.

Dalam prosiding itu juga, Robert Ng yang didakwa bersama-sama dengan bekas rakan kongsi Goldman Sachs, Tim Leissner dan ahli perniagaan Low Taek Jho (Jho Low) dilapor berkata, beliau menafikan berkonspirasi merasuah seseorang dan terbabit dengan aktiviti pengubahan wang haram, pada pembelaannya di mahkamah AS.

Saksi itu yang dibawa pulang ke Malaysia untuk membantu siasatan pihak berkuasa, berkata beliau juga sangat menyalahkan Leissner dan Jho Low yang kini sedang diburu pihak berkuasa Malaysia, berhubung transaksi 1MDB.

Mahkamah dijangka mendengar keterangan saksi baharu pada prosiding esok yang dijalankan di Istana Kehakiman Putrajaya.

-Harian Metro

Tags: Datuk Seri Najib Tun RazakKes SRC
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Muktamad Kadar Yuran Rundingan: Hartal Doktor Kontrak Bimbang Satu Lagi Janji Manis KKM

Next Post

14 Kanak-Kanak Ditahan Sebabkan Kematian Seorang Remaja

Related Posts

Kes SRC RM27 Juta: Peguam Mohon Najib Dilepas Tanpa Dibebas

Kes SRC RM27 Juta: Peguam Mohon Najib Dilepas Tanpa Dibebas

06/05/2025
0

KUALA LUMPUR - Pihak pembelaan Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi memohon kepada Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa...

Najib Tidak Terlibat, Keputusan 1MDB Ikut Prosedur – Che Lodin

Najib Tidak Terlibat, Keputusan 1MDB Ikut Prosedur – Che Lodin

05/03/2025
1

SHAH ALAM - Pasukan pembelaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memanggil saksi ke-13 iaitu Penolong Pesuruhjaya Kanan,...

Next Post
14 Kanak-Kanak Ditahan Sebabkan Kematian Seorang Remaja

14 Kanak-Kanak Ditahan Sebabkan Kematian Seorang Remaja

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd