• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jumlah Penagih Dadah Di Kuala Lumpur Berkurang Hampir 14 Peratus

oleh AK-47
18/05/2025
dalam Jenayah
0
Jumlah Penagih Dadah Di Kuala Lumpur Berkurang Hampir 14 Peratus
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Sebanyak 5,800 individu dikesan terbabit dalam penyalahgunaan dadah di sekitar ibu negara bagi tempoh tiga bulan pertama tahun ini, menurun 13.8 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Datuk Ruslin Jusoh, berkata statistik semasa menunjukkan kadar penyalahgunaan dadah dan bahan terlarang itu ialah 253 penagih bagi 100,000 penduduk di Kuala Lumpur.

“Kategori dadah yang menjadi pilihan utama mereka ialah Amphetamine Type Stimulants (ATS) dengan majoriti 65 peratus atau 3,768 orang bagi tempoh Januari hingga Mac lalu,” katanya pada program KL Car Free Morning sempena Sambutan Peringatan Hari Antidadah 2025 di Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), di sini, hari ini.

Lebih 1,000 peserta menyertai larian sejauh lima kilometer (km) melalui jalan utama di sekitar ibu negara.

Sementara itu, beliau berkata, objektif program ini bagi meningkatkan kesedaran awam mengenai bahaya dadah dengan menyampaikan mesej ‘Pencegahan Dadah Tanggungjawab Bersama’ secara inklusif melalui pendekatan santai, sihat dan terbuka.

“Selain itu, aktiviti ini juga mampu memperkukuh peranan komuniti dalam pencegahan dadah dengan menggalakkan pembabitan komuniti khususnya masyarakat bandar termasuk belia dan keluarga dalam usaha mewujudkan persekitaran bebas dadah,” katanya. 

–BERNAMA

Tags: kuala lumpurPenagih Dadah
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Yang di-Pertuan Agong Zahir Pandangan Dan Nasihat Hala Tuju Pembangunan KL

Yang di-Pertuan Agong Zahir Pandangan Dan Nasihat Hala Tuju Pembangunan KL

04/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menzahirkan pandangan serta nasihat konstruktif berhubung hala tuju pembangunan Kuala Lumpur....

Yang di-Pertuan Agong Sarapan Pagi Di Muar, Ramah Mesra Dengan Rakyat

Yang di-Pertuan Agong Sarapan Pagi Di Muar, Ramah Mesra Dengan Rakyat

03/06/2026
0

MUAR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan meluangkan masa beramah mesra bersama rakyat sambil menikmati santapan pagi di R&H...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd