• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JPJ Tambah Baik Prosedur Pemeriksaan Bermula 1 Jun

oleh Mohd Arshad
dalam Utama & Sensasi
0
JPJ Tambah Baik Prosedur Pemeriksaan Bermula 1 Jun
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Dua penambahbaikan utama terhadap prosedur pemeriksaan kenderaan akan dilaksanakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bermula Ahad.

Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, pelaksanaan itu bagi memastikan piawaian keselamatan kenderaan yang lebih ketat, kecekapan sistem serta kualiti perkhidmatan lebih baik kepada pengguna.

Beliau berkata, penambahbaikan terhadap prosedur pemeriksaan kenderaan itu melibatkan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Motor (PPKM) seperti Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) Sdn Bhd.

“Berkuat kuasa pada 1 Jun 2025, penambahbaikan tersebut membabitkan pemeriksaan ketebalan bunga tayar dan pemeriksaan kenderaan berat jenis ‘dumper tipper’.

“Pemeriksaan ketebalan bunga tayar selaras dengan keperluan keselamatan semasa.

“JPJ menetapkan semua kenderaan perdagangan iaitu barangan dan perkhidmatan awam mestilah mempunyai ketebalan bunga tayar sekurang-kurangnya 1.6 milimeter pada keseluruhan permukaan tayar yang bersentuhan dengan jalan,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Sebelum ini beliau berkata, JPJ telah menetapkan Puspakom sekurang-kurangnya 75 peratus daripada permukaan tayar yang diperiksa perlu mematuhi had minima tersebut.

Sehubungan itu katanya, mana-mana kenderaan perdagangan yang tidak mematuhi ketetapan tersebut adalah tidak lulus terhadap pemeriksaan kenderaan.

Menurutnya, JPJ juga telah telah bekerjasama dengan Puspakom untuk melaksanakan penguatkuasaan bagi memastikan kenderaan berat jenis dumper atau tipper tidak menggunakan pagar sisi melebihi spesifikasi ditetapkan bermula Ahad.

Jelasnya, perkara itu selaras dengan syarat permit yang dikeluarkan oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dan pelan teknikal kenderaan yang telah diluluskan.

“Pemilik kenderaan dumper atau tipper yang mengangkut muatan khas juga perlu mengemukakan Surat Tawaran Kelulusan (STK) atau permit semasa menjalani pemeriksaan di Puspakom bagi memastikan jenis badan dan muatan selari dengan kelulusan diberikan.

“Langkah memperketatkan penguatkuasaan terhadap kenderaan berat jenis ini selaras dengan pelaksanaan kod badan khas bagi mengangkut muatan khas seperti baja, arang batu, abu terbang, gipsum, habuk kayu, jagung, isirung kelapa sawit dan padi,” ujarnya.

Beliau berkata, penguatkuasaan tersebut bertujuan mengelak sebarang penyalahgunaan spesifikasi kenderaan, selain menjamin aspek keselamatan serta pematuhan terhadap syarat pengendalian muatan khas di jalan raya.

Maklumat lanjut boleh didapati melalui laman web rasmi JPJ iaitu www.jpj.gov.my bagi pelaksanaan baharu tersebut, tambahnya.

-Sinar Harian

Tags: JPJProsedur Pemeriksaan
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

JPJ Gantung Sementara Kelulusan Chery Omoda 5, Tangguh Pendaftaran Baharu

JPJ Gantung Sementara Kelulusan Chery Omoda 5, Tangguh Pendaftaran Baharu

11/10/2026
0

PUTRAJAYA - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengambil tindakan menggantung sementara Sijil Kelulusan Jenis Kenderaan (VTA) Chery Omoda 5, sekali gus...

MARA Lantik Bekas Tentera Sebagai Warden Sepenuh Masa Di Semua MRSM Mulai 2027

MARA Lantik Bekas Tentera Sebagai Warden Sepenuh Masa Di Semua MRSM Mulai 2027

29/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan melantik warden sepenuh masa dalam kalangan bekas anggota tentera di semua Maktab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd