KITA CABANG HULU SELANGOR DENGAN RENDAH DIRI MENAWARKAN 6 ORANG CALON BERWIBAWA UNTUK PEMILIHAN KEADILAN 2025–2028
CALON PIMPINAN PUSAT

- Dr. Sathia Prakash Nadarajan – Calon Naib Presiden (No. 1)
Doktor perubatan dan aktivis sosial, terkenal dengan misi kemanusiaan dan kerja akar umbi. Kepimpinan beliau berteraskan integriti, empati dan semangat reformasi yang tinggi.

2. Saiffudin Shafi – Calon Majlis Pimpinan Pusat (No. 62)
Veteran Reformasi yang komited sejak awal penubuhan parti. Pakar strategi komuniti dan pemikir dasar yang sentiasa menyuarakan suara akar umbi dan keadilan sosial.
CALON PIMPINAN WANITA

3. Kalaimagal Thanatharan – Calon Majlis Pimpinan Wanita (No. 2)
Pendidik dan aktivis masyarakat yang aktif dalam isu wanita dan pendidikan. Komited memperjuangkan kesaksamaan gender dan pembangunan wanita pelbagai kaum.

4. Hayathi Binti Chat – Calon Majlis Pimpinan Wanita (No. 9)
Pemimpin wanita yang gigih bekerja di peringkat akar umbi, memperjuangkan hak wanita luar bandar serta memperkasa ekonomi keluarga B40 melalui pelbagai inisiatif tempatan.
CALON PIMPINAN ANGKATAN MUDA KEADILAN (AMK)

5. Alfian Fareez – Calon Majlis Pimpinan AMK (No. 46)
Graduan undang-undang dan bekas aktivis mahasiswa. Membawa suara anak muda progresif dengan visi untuk memperkukuh AMK sebagai kuasa perubahan masa depan.

6. Srikant Santharakadm – Calon Majlis Pimpinan AMK (No. 52)
Pemimpin muda dinamik yang aktif dalam kerja kebajikan dan mobilisasi belia. Berpengalaman memimpin program akar umbi dan memberi inspirasi kepada generasi muda pelbagai kaum.
Oleh itu, kami merayu dengan rendah hati kepada semua perwakilan agar:
Jangan lupa !!!!!
No. 1 untuk Naib Presiden – Dr. Sathia Prakash Nadarajan
No. 62 untuk Majlis Pimpinan Pusat – Saiffudin Shafi
No. 2 dan No. 9 untuk Majlis Pimpinan Wanita – Kalaimagal & Hayathi
No. 46 dan No. 52 untuk Majlis Pimpinan AMK – Alfian & Srikant
Saya pasti para Perwakilan KEADILAN akan membuat keputusan yang bijak dalam memilih calon-calon terbaik untuk masa depan parti dan negara.
Undilah demi masa depan yang lebih cerah. Undilah demi kesinambungan perjuangan.
Kita Keadilan.
Reformasi!
Mynewshub-