• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penurunan Had BUDI95 Sementara, Langkah Awal Lindungi Rakyat – Adam Adli

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Penurunan Had BUDI95 Sementara, Langkah Awal Lindungi Rakyat –  Adam Adli
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Keputusan kerajaan menurunkan had penggunaan BUDI95 daripada 300 liter kepada 200 liter disifatkan sebagai langkah sementara yang diambil secara berhati-hati susulan ketegangan global, khususnya di Asia Barat.

Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Adam Adli berkata, keputusan itu bukan dibuat secara tergesa-gesa, sebaliknya berdasarkan pertimbangan rapi terhadap situasi semasa yang memberi tekanan kepada bekalan minyak, gas serta kos sara hidup di peringkat global.

Menurut beliau, konflik yang semakin meruncing di rantau Asia Barat memberi kesan langsung kepada kestabilan bekalan dan harga komoditi utama dunia, sekali gus memerlukan kerajaan bertindak lebih awal bagi mengelakkan kesan lebih buruk kepada rakyat.

“Keputusan ini dibuat berdasarkan data sebenar penggunaan BUDI95 sejak diperkenalkan, yang menunjukkan purata penggunaan sekitar 100 liter sebulan dan majoriti besar rakyat menggunakan kurang daripada 200 liter,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, kerajaan memilih pendekatan lebih berhemat dengan menyesuaikan had penggunaan tanpa menaikkan harga BUDI95 yang kekal pada kadar RM1.99 seliter, sekali gus mengurangkan tekanan ke atas rakyat.

Dalam masa sama, beliau menjelaskan keperluan golongan tertentu terus diberi perhatian apabila pemandu e-hailing dan pekerja gig masih menikmati had sehingga 800 liter, manakala Sabah dan Sarawak kekal dengan diesel subsidi pada harga RM2.15 seliter dengan kawalan lebih ketat.

Beliau turut menegaskan bahawa subsidi merupakan hak rakyat dan tidak sepatutnya disalah guna oleh pihak tidak bertanggungjawab, justeru penguatkuasaan perlu diperkasakan dengan kerjasama orang ramai.

Selain itu, kerajaan juga terus memainkan peranan aktif di peringkat antarabangsa dalam menangani konflik Asia Barat, termasuk usaha diplomasi yang digerakkan oleh Anwar Ibrahim bagi memastikan kepentingan negara terus terpelihara.

Sehubungan itu, beliau menggesa semua pihak melihat langkah berkenaan dalam konteks lebih luas sebagai usaha kerajaan bertindak secara telus, bertanggungjawab dan proaktif demi menjamin kestabilan negara serta melindungi rakyat daripada kesan krisis global yang berpanjangan. – MYNEWSHUB

Tags: Adam AdliBUDI RON95Langkah SementaraLindungi rakyatPKR
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

PKR Minta Kedutaan AS Bawa Datuk Bandar New York Zohran Mamdani Ke Malaysia

PKR Minta Kedutaan AS Bawa Datuk Bandar New York Zohran Mamdani Ke Malaysia

24/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Biro Hubungan Antarabangsa PKR, Dr Maszlee Malik mengemukakan permintaan kepada wakil Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di...

PMX Anwar Masih Dalam Proses Pemulihan Kesihatan – Fuziah

PMX Anwar Masih Dalam Proses Pemulihan Kesihatan – Fuziah

15/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung PKR, Datuk Dr Fuziah Salleh menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi contoh teladan tentang komitmen,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd