• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Buka Tanah Tanpa Kelulusan EIA, Pengurus Dipenjara Sehari, Denda RM450,000

oleh AK-47
dalam Jenayah
0
Buka Tanah Tanpa Kelulusan EIA, Pengurus Dipenjara Sehari, Denda RM450,000
Share on FacebookShare on Twitter

Johor Bahru: Seorang pengurus projek dijatuhkan hukuman penjara sehari kerana membangunkan estet perindustrian melebihi 20 hektar di sini, tanpa mendapat Kelulusan Laporan Penilaian Kesan Kepada Sekeliling (EIA), semalam.

Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor, Dr Mohd Famey Yusoff, berkata ia susulan pengurus projek berusia 63 tahun itu membuat pengakuan bersalah terhadap pertuduhan ke atas syarikat dan dirinya dalam prosiding yang berlangsung semalam.

Katanya, Hakim Mahkamah Sesyen, Datuk Che Wan Zaidi Che Wan Ibrahim turut memerintahkan syarikat pengurus projek berkenaan didenda RM450,000.

“Hasil siasatan yang dijalankan JAS mendapati syarikat pemaju projek telah melaksanakan pembukaan tanah berskala besar bagi cadangan pemajuan kawasan perindustrian dengan keluasan 46.24 hektar tanpa mendapat Kelulusan Laporan EIA daripada Ketua Pengarah Alam Sekitar terlebih dahulu sebelum memulakan projek itu.

“Pengurus projek berkenaan telah membuat pengakuan bersalah terhadap pertuduhan ke atas syarikat dan dirinya dan didakwa di bawah Seksyen 34A(6), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, semalam,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Famey berkata, pemaju projek perlu mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan dibawahnya, sebelum membuka tanah bagi membangunkan projek pembangunan.

Katanya, kegagalan pematuhan terhadap peruntukan JAS akan menyebabkan tindakan perundangan dikenakan ke atas syarikat dan juga pengarah syarikat.

-Harian Metro

Tags: dendapengurusTanah
Share199Tweet124SendShare

Related Posts

Peruntukan Denda Tipu Status Halal Sehingga RM5 Juta, Tapi Hukuman Hanya RM10,000 Hingga RM30,000

Peruntukan Denda Tipu Status Halal Sehingga RM5 Juta, Tapi Hukuman Hanya RM10,000 Hingga RM30,000

05/11/2026
0

PUCHONG - Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) menggesa pihak berkuasa mengenakan hukuman maksimum RM5 juta yang diperuntukkan undang-undang bagi kes penipuan...

Najib Bayar Denda RM50 Juta Hari ini?

Najib Bayar Denda RM50 Juta Hari ini?

04/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Razak dilaporkan akan membayar denda RM50 juta bagi membolehkan beliau menjalani baki hukuman penjara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd