• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ada JDT Kata Nak Tarik Diri – TMJ

oleh Mohd Arshad
05/05/2025
dalam Terkini
0
Ada JDT Kata Nak Tarik Diri – TMJ
Share on FacebookShare on Twitter

PEMILIK kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail mendedahkan bahawa perbelanjaan kelab Harimau Selatan adalah antara yang paling rendah dalam saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) musim ini.

Baginda yang juga Pemangku Sultan Johor menjelaskan bahawa pasukan gergasi Asia lain berbelanja besar untuk beraksi dalam ACLE, dengan memberikan contoh pasukan Al-Hilal yang berjaya mara sehingga ke peringkat separuh akhir dan membelanjakan sekitar RM1.16 bilion.

Bagaimanapun, Tunku Mahkota Ismail berkata JDT tidak gentar bersaing dengan kelab elit Asia tersebut, malah membuktikan kemampuan sehingga mara ke pusingan 16 pasukan terbaik.

“Untuk ‘level’ elit Asia! Perbelanjaan JDT adalah berganda-ganda lebih rendah berbanding kelab-kelab gergasi elit Asia.

“Cuma bagi satu contoh, Al-Hilal berbelanja 243.65 juta euro (RM1.16 bilion) setahun. Namun, adakah JDT takut bersaing? Adakah JDT menyatakan mahu menarik diri?” titah baginda dalam laman media sosial miliknya.

Pada edisi kali ini, Harimau Selatan mengharumkan nama negara apabila menjadi antara pasukan dari Asia Tenggara yang berjaya mara ke pusingan 16 terbaik dalam ACLE.

Hasrat mereka untuk melangkah lebih jauh dihalang oleh sebuah lagi pasukan Asia Tenggara, iaitu Buriram United dari Thailand, dengan kekalahan 0-1.

SinarHarian-

Tags: JDTTMJ
Share242Tweet151SendShare

Related Posts

JDT Penuhi Impian Rakyat Kelab Malaysia Bersaing di Pentas Antarabangsa – Akmal

JDT Penuhi Impian Rakyat Kelab Malaysia Bersaing di Pentas Antarabangsa – Akmal

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mengucapkan tahniah kepada kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim...

Tunku Mahkota Ismail Bangga JDT Dapat Perhatian Meluas Media Antarabangsa

Tunku Mahkota Ismail Bangga JDT Dapat Perhatian Meluas Media Antarabangsa

26/03/2026
0

JOHOR BAHRU – Kelab gergasi bola sepak tanah air, Johor Darul Ta’zim (JDT) kini mendapat perhatian meluas media asing selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd