• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

18 Anggota FRU Terlibat Nahas Terima Sumbangan Pelbagai Pihak

oleh Mohd Arshad
25/05/2025
dalam Terkini
0
18 Anggota FRU Terlibat Nahas Terima Sumbangan Pelbagai Pihak
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Waris dan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Unit 5 Ipoh yang terlibat dalam kemalangan di Teluk Intan pada 13 Mei lepas terus menerima sumbangan daripada pelbagai pihak.

Sumbangan itu disampaikan Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain bersama isterinya yang juga Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia Puan Sri Datuk Zainah Othman dalam satu majlis yang diadakan di Mes Pegawai Kanan Polis di Jalan Sultan Azlan Shah di sini pada Ahad.

Razarudin dalam ucapannya berkata hasil sumbangan yang berjaya dikumpul membolehkan keluarga atau waris setiap mangsa yang meninggal dunia menerima wang tunai dianggarkan lebih RM46,000, manakala bagi anggota yang cedera pula menerima wang tunai dianggarkan lebih RM11,000.

“Selain itu, suka untuk saya kongsikan balu atau waris mangsa yang meninggal dunia telah menerima RM25,000 setiap seorang hasil sumbangan bantuan sagu hati dari Tabung Amanah Perwira dan Pertahan Negara (TAPPN) yang telah dikreditkan pada 23 Mei lepas.

“Semoga amalan murni ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban waris-waris yang ditinggalkan dan mangsa yang mengalami kecederaan,” katanya.

Turut hadir Ketua Polis Perak Datuk Noor Hisam Nordin.

Kesemua penerima sumbangan diwakili anggota keluarga yang terdiri daripada balu atau waris anggota FRU terbabit.

Antara pihak yang memberikan sumbangan adalah Badan Kebajikan dan Khairat Kematian Kontinjen Perak, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, Koperasi Polis Diraja Malaysia, Yayasan Insan Sakan, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM), Lumut Maritime Terminal Sdn Bhd serta Enforcement Leadership and Management University (ELMU).

Dalam kejadian pada 8.50 pagi 13 Mei lepas, sebuah lori FRU dinaiki 18 anggota pasukan dari Unit 5 yang berpangkalan di Sungai Senam di sini terlibat dalam kemalangan dengan lori membawa muatan batu semasa dalam perjalanan pulang selepas tamat tugas sempena perayaan Chitrapournami di Teluk Intan.

Kemalangan itu mengakibatkan sembilan anggota FRU maut, manakala sembilan lagi anggota mengalami pelbagai kecederaan.

-Bernama

Tags: FRUnahassumbangan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dapatkan Sumbangan Beli Tanah Untuk Kuil Haram Daripada Menyibuk Hak Muslim – Firdaus Wong

Dapatkan Sumbangan Beli Tanah Untuk Kuil Haram Daripada Menyibuk Hak Muslim – Firdaus Wong

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Pendakwah dan aktivis sosial, Firdaus Wong Wai Hung mempersoalkan mengapa Senator DAP, RA Lingeshwaran dan badan bukan...

Tengku Zafrul Beri Sumbangan Kepada Persatuan Pendidikan Buddha Jing Xin

Tengku Zafrul Beri Sumbangan Kepada Persatuan Pendidikan Buddha Jing Xin

25/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz memberi sumbangan kepada Persatuan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd