• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, August 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Guru Buat Laporan Polis Terima Mesej Perkauman Daripada Penghantar Makanan

oleh Mohd Arshad
23/04/2025
dalam Utama & Sensasi
3
Guru Buat Laporan Polis Terima Mesej Perkauman Daripada Penghantar Makanan
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Seorang guru wanita berusia 27 tahun dari Machang Bubok, Seberang Perai Tengah membuat laporan polis selepas menerima mesej berbaur penghinaan dan perkauman daripada seorang penghantar makanan melalui ciri sembang dalaman aplikasi penghantaran tersebut.

Wanita tersebut mendakwa menerima mesej tersebut pada jam 4.40 petang, Ahad lalu selepas dia menghantar pesanan mesej kepada penghantar berkenaan untuk bertanya mengenai status tempahannya.

Menurut wanita berkenaan, pada mulanya dia menerima notifikasi awal yang menyatakan penghantar makanan sudah sampai ke restoran.

Selepas tidak menerima pesanannya pada masa yang dijangkakan, wanita berkenaan menghantar mesej kepada penghantar makanan tersebut bertanyakan sama ada sudah sampai atau belum lalu dijawab ‘ni ada bawah’ oleh penghantar makanan berkenaan.

Wanita itu berkata, dia sedang dalam perjalanan ke tingkat bawah pangsapuri ketika mesej berbaur penghinaan itu diterima.

Penghantar makanan tersebut didakwa menghantar mesej berbunyi “Oii sampai. Tak mau ambik makanan jangan order pu**mak Hindu.”

Sementara itu, syarikat perkhidmatan e-hailing, Grab Malaysia telah menyekat akaun penghantar makanan berkenaan serta merta.

Grab Malaysia berkata, pihaknya juga sedang menyiasat kes berkenaan susulan aduan berhubung penggunaan bahasa kesat serta unsur diskriminasi tersebut.

Menurutnya, tindakan tegas itu diambil sebaik sahaja maklumat berkenaan diterima daripada pihak pelanggan yang terlibat.

“Terima kasih kerana memaklumkan perkara ini kepada kami.

“Sila ambil maklum bahawa akaun pemandu tersebut telah disekat dan kini sedang dalam siasatan,” katanya.

Grab Malaysia berkata demikian ketika membalas komen pada hantaran pengadu di Facebook.

Dalam pada itu, pihak syarikat turut menegaskan bahawa mereka tidak bertolak ansur terhadap sebarang bentuk bahasa kesat atau diskriminasi.

“Tindakan yang sewajarnya akan diambil.

“Kami amat menghargai kesabaran dan kefahaman anda sementara siasatan dijalankan,” tambahnya.

SinarHarian-

Tags: Gurulaporan polisperkauman
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bapa Tak Mengaku Rogol Anak Kandung

Next Post

Saksi Nafi Siasatan Kes Zayn Rayyan Dibuat Sambil Lewa

Related Posts

Na’imah Tuntut Keadilan Laporan Polis Berstatus NFA

Na’imah Tuntut Keadilan Laporan Polis Berstatus NFA

23/06/2025
0

KUALA LUMPUR – Pihak pembelaan isteri bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin menegaskan tidak akan berdiam diri dalam menuntut...

Nahas Pelajar UPSI: Polis Tunggu Laporan Perubatan Guru Hina Mangsa

Nahas Pelajar UPSI: Polis Tunggu Laporan Perubatan Guru Hina Mangsa

19/06/2025
0

IPOH: Polis masih menunggu laporan perubatan daripada pihak hospital bagi melengkapkan siasatan kes guru memuat naik hantaran jelik berhubung kemalangan...

Next Post
Saksi Nafi Siasatan Kes Zayn Rayyan Dibuat Sambil Lewa

Saksi Nafi Siasatan Kes Zayn Rayyan Dibuat Sambil Lewa

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd