• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Fadillah Lakukan Kunjungan Hormat Ke Atas Naib Presiden Turkiye

oleh AK-47
22/04/2025
dalam Antarabangsa
1
Fadillah Lakukan Kunjungan Hormat Ke Atas Naib Presiden Turkiye
Share on FacebookShare on Twitter

ANKARA: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, memulakan lawatan kerja rasminya ke Turkiye dengan mengadakan kunjungan hormat ke atas Naib Presiden Turkiye, Cevdet Yilmaz di kompleks presiden di sini, hari ini.

Ketibaan Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air pada jam 10 pagi waktu tempatan (3 petang waktu Malaysia) disambut sendiri oleh Yilmaz.

Dalam pertemuan selama sejam itu, Fadillah diiringi Duta Besar Malaysia ke Turkiye, Sazali Mustafa Kamal, Timbalan Ketua Setiausaha (Tenaga) Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Mareena Mahpudz dan pegawai kanan kerajaan.

Turut hadir Timbalan Menteri Luar Turkiye, Berris Ekinci; Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Ahmet Berat Conkar; Penyelaras Ekonomi kepada Naib Presiden Turkiye, Ahmet Oguz Sarica dan Penasihat Hal Ehwal Luar Naib Presiden, Ebubekir Dursun

Timbalan Perdana Menteri tiba di sini semalam bagi lawatan kerja rasmi bermula hari ini hingga esok dan lawatan itu adalah susulan lawatan rasmi Presiden Recep Tayyip Erdogan ke Malaysia pada 10 dan 11 Februari lalu.

Fadillah turut mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Tenaga dan Sumber Asli Turkiye, Alparslan Bayraktar untuk meneroka potensi kerjasama dalam bidang peralihan tenaga susulan pertukaran surat hasrat antara kerajaan Malaysia dan Turkiye, yang akan turut diiringi Ketua Pegawai Tenaga Baharu TNB, Mohd Zarihi Mohd Hashim.

Timbalan Perdana Menteri juga akan mengadakan lawatan kerja ke GEAS Company di Istanbul esok untuk meneroka potensi kerjasama yang boleh dilaksanakan dalam bidang strategik itu.

Menurut PETRA, Turkiye adalah antara negara terbesar dalam penghasilan tenaga boleh baharu (TBB) di benua Eropah dan dunia dengan lebih 50 peratus kapasiti tenaga elektrik daripada sumber penjanaan tenaga bersih seperti solar, hidroelektrik dan geotermal.

Selepas lawatan ke Turkiye, Fadillah akan mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak The Future of Energy Security (Masa Depan Keselamatan Tenaga) pada 24-25 April di London anjuran Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) dan Kerajaan United Kingdom (UK).

Sidang kemuncak itu menyediakan platform bagi pemimpin, penggubal dasar dan pihak berkepentingan untuk berbincang mengenai isu keselamatan bekalan tenaga, kestabilan sumber, cabaran geopolitik dan perkembangan pesat teknologi.

Antara pemimpin tertinggi yang dijadualkan hadir pada sidang kemuncak itu ialah Perdana Menteri UK, Keir Starmer; Setiausaha Negara bagi Keselamatan Tenaga dan Sifar Bersih UK, Ed Miliband serta Pengarah Eksekutif IEA, Dr Fatih Birol.

Fokus utama persidangan itu akan menyentuh mengenai aspek keselamatan sumber dan bekalan tenaga merangkumi pemetaan landskap keselamatan tenaga serta mengenal pasti risiko, peluang dan tindakan dalam memastikan keterjaminan sumber dan bekalan tenaga.

Menerusi sidang kemuncak itu, Malaysia akan mengetengahkan dasar sedia ada dan hala tuju negara khususnya berkaitan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga (NETR) serta usaha dan komitmen negara melaksanakan penjanaan tenaga pada masa depan menggunakan sumber bahan api bersih dan teknologi hijau.

Selain itu, hubungan dua hala Malaysia dan UK akan diperkukuh melalui potensi kerjasama khususnya berkaitan penggubalan dasar, kawal selia dan perundangan serta memahami cabaran dan kaedah penyelesaian terbaik untuk memastikan keselamatan dan keterjaminan bekalan tenaga.

Fadillah dijadual mengadakan perbincangan dua hala dengan menteri tenaga serta ketua organisasi antarabangsa tenaga.

Timbalan Perdana Menteri juga akan bertemu dengan diaspora Malaysia di UK pada Jumaat. 

–BERNAMA

Tags: FadillahKunjungan HormatNaib Presiden Turkiye
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Duta Besar Palestin Ucap Terima Kepada Kerajaan Dan Rakyat Malaysia – Tok Mat

Duta Besar Palestin Ucap Terima Kepada Kerajaan Dan Rakyat Malaysia – Tok Mat

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan menerima kunjungan hormat Duta Besar Palestin ke Malaysia yang baharu, Jehad...

PM Terima Kunjungan Hormat Putera Mahkota Abu Dhabi

PM Terima Kunjungan Hormat Putera Mahkota Abu Dhabi

22/05/2023
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat Putera Mahkota Abu Dhabi yang juga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd