• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Terima Kunjungan Hormat Putera Mahkota Abu Dhabi

oleh AK-47
22/05/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
PM Terima Kunjungan Hormat Putera Mahkota Abu Dhabi
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat Putera Mahkota Abu Dhabi yang juga Pengerusi Majlis Eksekutif Abu Dhabi, Sheikh Khaled bin Mohamed bin Zayed Al Nahyan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Keberangkatan tiba baginda di bangunan Dewan Persidangan Sementara Parlimen pada 5 petang disambut oleh Anwar yang diiringi Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir serta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Pertemuan kedua-dua pemimpin adalah sempena lawatan khas dan yang pertama Sheikh Khaled ke Malaysia sejak baginda ditabal sebagai Putera Mahkota Abu Dhabi dan dilantik sebagai Pengerusi Majlis Eksekutif Abu Dhabi pada 29 Mac lepas.

Mereka dijangka membincangkan pelbagai isu berkepentingan bersama merangkumi hubungan dua hala, serantau dan antarabangsa.

Lawatan khas Sheikh Khaled dijangka mengukuhkan lagi hubungan baik yang terjalin sejak sekian lama antara Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang telah dinaik taraf kepada Perkongsian Strategik pada 27 September 2022.

Sheikh Khaled, yang berangkat tiba di Malaysia semalam, dijadual menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara esok.

UAE merupakan rakan dagangan kedua terbesar Malaysia, destinasi eksport kedua terbesar dan destinasi import kedua terbesar dari rantau Asia Barat.

Pada 2022, jumlah dagangan Malaysia dengan UAE meningkat sebanyak 73.5 peratus kepada RM38.73 bilion berbanding RM22.33 bilion bagi tahun sebelumnya.

-Sinar Harian

Tags: Kunjungan HormatpmPutera Mahkota Abu Dhabi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Starmer Umum Letak Jawatan, Tamat Era Singkat Kepimpinan Parti Buruh

Starmer Umum Letak Jawatan, Tamat Era Singkat Kepimpinan Parti Buruh

22/06/2026
0

Oleh Mynewshub LONDON – Perdana Menteri Britain, Keir Starmer mengumumkan peletakan jawatan sebagai pemimpin Parti Buruh pada Isnin, sekali gus...

Rakyat Perlukan PMX Anwar Terus Tadbir Negara – Mohamad Sabu

Rakyat Perlukan PMX Anwar Terus Tadbir Negara – Mohamad Sabu

18/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Malaysia memerlukan kepimpinan yang tenang, stabil dan jelas hala tuju dalam menghadapi dunia yang semakin penuh dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd