• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cadangan Kerja Dari Rumah, PdPR Ketika Sidang Kemuncak ASEAN Dibawa Ke Kabinet

oleh Mohd Arshad
17/04/2025
dalam Terkini
0
Cadangan Kerja Dari Rumah, PdPR Ketika Sidang Kemuncak ASEAN Dibawa Ke Kabinet
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG: Cadangan kerja dari rumah dan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) ketika Sidang Kemuncak ASEAN pada Mei dan Oktober depan akan dibawa ke perhatian Kabinet, kata Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau berkata cadangan ini timbul berikutan kesulitan dan kekangan dihadapi oleh rakyat, khususnya di Kuala Lumpur dan Putrajaya, yang terkesan akibat penutupan jalan ketika lawatan negara Presiden China Xi Jinping, ke Malaysia.

“Saya ingin mencadangkan kepada Kabinet supaya kakitangan jabatan yang berkenaan boleh bekerja dari rumah, dan sekolah pula boleh menjalankan PdPR untuk mengurangkan kesesakan serta kesulitan dihadapi rakyat, terutamanya di Lembah Klang dan Kuala Lumpur.

“Jadi, saya juga ingin memohon maaf kepada semua yang terkesan dengan penutupan jalan ketika lawatan Xi,” katanya kepada Bernama dan RTM di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Terdahulu, beliau bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir untuk mengucapkan selamat jalan kepada Xi dan delegasinya yang berlepas ke Kemboja selepas menamatkan lawatan negara selama tiga hari ke Malaysia.

Beberapa laluan sekitar Lembah Klang dan Putrajaya ditutup sepenuhnya atau dilencongkan secara berperingkat dari 15 hingga 17 April bagi memberi laluan kepada pergerakan rasmi sempena lawatan negara Xi.

Walaupun penutupan ini bertujuan untuk melancarkan aspek logistik dan keselamatan serta telah dimaklumkan lebih awal, situasi tersebut mengundang keluhan daripada pengguna jalan raya yang terperangkap dalam kesesakan teruk. 

–BERNAMA

Tags: ASEANkabinetsidang kemuncak ASEAN
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bintang Baharu Sedang Menyinar Dalam PKR

Next Post

Pencuri Pakaian Dalam Wanita Ditahan Selepas Polis Arah Serah Diri

Related Posts

Langkah Mudahkan Keanggotaan Timor-Leste Ke Dalam Instrumen Undang-Undang ASEAN Diterima

Langkah Mudahkan Keanggotaan Timor-Leste Ke Dalam Instrumen Undang-Undang ASEAN Diterima

25/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Menteri Luar ASEAN (AMM) sepakat menerima garis panduan bagi memudahkan penyertaan Timor-Leste ke dalam Instrumen Undang-Undang blok...

ASEAN Boleh Jana Potensi Ekonomi AS$$2.3 Trilion Dengan Manfaatkan Bakat Wanita – Tengku Zafrul

ASEAN Boleh Jana Potensi Ekonomi AS$$2.3 Trilion Dengan Manfaatkan Bakat Wanita – Tengku Zafrul

24/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Langkah memanfaatkan bakat daripada 334 juta wanita di seluruh ASEAN menerusi pendidikan, akses kepada peluang dan dasar yang...

Next Post
Pencuri Pakaian Dalam Wanita Ditahan Selepas Polis Arah Serah Diri

Pencuri Pakaian Dalam Wanita Ditahan Selepas Polis Arah Serah Diri

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd