• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BN Dijangka Kekal Di Ayer Kuning, Sasaran 18,000 Undi Jadi Tanda Tanya – Ilham Centre

oleh Mohd Arshad
25/04/2025
dalam Politik
0
BN Dijangka Kekal Di Ayer Kuning, Sasaran 18,000 Undi Jadi Tanda Tanya – Ilham Centre
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Firma penyelidikan bebas, Ilham Centre meramalkan Barisan Nasional (BN) tidak berdepan masalah besar untuk mengekalkan kemenangan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning.

Bagaimanapun, Ketua Pegawai Eksekutif Ilham Centre, Hisommudin Bakar berkata, persoalan utama ialah sama ada gabungan itu mampu mencapai sasaran majoriti tinggi sebanyak 18,000 undi seperti disasarkan kerajaan negeri.

“Berdasarkan pemerhatian selama dua minggu kempen, Ilham Centre mendapati BN secara relatifnya tidak menghadapi masalah besar untuk mengekalkan kerusi DUN ini.

“Persoalan utama, sejauh mana kerjasama PH dalam Kerajaan Perpaduan mampu meningkatkan sokongan pengundi untuk mencapai sasaran majoriti tinggi sebanyak 18,000 yang diumumkan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Baru-baru ini, Saarani yang juga Pengerusi BN Perak menyasarkan sekurang-kurangnya 18,000 undi bagi mempertahankan kerusi DUN Ayer Kuning pada PRK yang dijadualkan berlangsung esok.

Mengulas lanjut, Hisommudin berkata, sasaran itu memberi tekanan langsung kepada jentera kempen BN dan PH untuk membuktikan keberkesanan kerjasama melalui keputusan akhir pengundian

Tambah beliau, hasil kajian Ilham Centre mendapati sebahagian besar responden menyifatkan sasaran berkenaan sukar dicapai

Sementara itu, Hisommudin berkata, fokus utama pihak Perikatan Nasional (PN) adalah mengekalkan momentum sokongan pengundi Melayu khususnya anak muda yang menjadi kekuatan mereka pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lepas.

“Jika PN berjaya mengekalkan jumlah undi terdahulu, ia sudah dianggap sebagai pencapaian besar memandangkan PN berjaya menguasai empat Pusat Daerah Mengundi (PDM) majoriti Melayu di Ayer Kuning pada PRU lepas, sekali gus mencabar dominasi tradisi UMNO,” ujar beliau.

Sehubungan itu, beliau berpandangan, PRK DUN Ayer Kuning akan menjadi medan penting menentukan sama ada PN mampu mempertahankan prestasi tersebut atau kembali kehilangan cengkaman kepada BN.

Kongsi beliau lagi, Ilham Centre turut menyimpulkan PRK terbabit sebagai penanda aras kritikal bagi menilai keberkesanan kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan.

Kata Hisommudin, PRK itu juga dapat menilai pengaruh sebenar PN dalam kalangan pengundi muda Melayu dan sejauh mana faktor peribadi calon mempengaruhi keputusan pengundian serta hala tuju politik setempat menjelang pilihan raya akan datang.

SinarHarian-

Tags: BNilham centrePRK Ayer Kuning
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor yakin dapat ‘menguburkan’ Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan...

“Untunglah DAP Madani Selamatkan Kamu” – Azrul Abu Hasan

“Untunglah DAP Madani Selamatkan Kamu” – Azrul Abu Hasan

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Exco Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam, Azrul Abu Hassan mendakwa DAP masih kekal bersama kerajaan Madani berkait...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd