• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Salah Identiti: Mahkamah Benar Wang Jaminan RM1 Juta Dikembalikan Kepada Ahli Perniagaan

oleh Mohd Arshad
14/03/2025
dalam Terkini
0
Salah Identiti: Mahkamah Benar Wang Jaminan RM1 Juta Dikembalikan Kepada Ahli Perniagaan
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan seorang ahli perniagaan warga Indonesia supaya wang RM1 juta yang dibayar sebagai jaminan dikembalikan kepadanya.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali turut membenarkan permohonan Aldrin Pratama Widjaja supaya pasportnya dikembalikan manakala syarat tambahan jaminan yang memerlukan beliau melaporkan diri setiap bulan di Balai Polis Cyberjaya dibatalkan.

Aldrin membuat permohonan itu dibuat melalui peguamnya Datuk Hisyam Teh Poh Teik.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Ashrof Adrin Kamarul, yang mewakili pendakwaan, juga tidak mengemukakan bantahan terhadap permohonan itu.

Turut bersidang Datuk Mohamed Zaini Mazlan dan Datuk Azmi Ariffin.

Sebelum ini, Aldrin dibebaskan dengan jaminan RM1 juta dengan dua penjamin selepas Mahkamah Rayuan pada 2022 membenarkan permohonan ahli perniagaan itu untuk menangguhkan waran pemenjaraan yang dikeluarkan terhadapnya.

Pada 12 Februari lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa Aldrin bukan Datuk Paiman Shakiman iaitu individu yang telah dijatuhi hukuman penjara 13 tahun bagi kesalahan menipu dan memalsukan dokumen.

Mahkamah Tinggi telah menjalankan prosiding inkuiri bagi menentukan identiti Aldrin.

Paiman, yang juga ahli perniagaan, telah dijatuhi hukuman penjara itu oleh Mahkamah Sesyen selepas didapati bersalah menipu serta memalsukan dokumen membabitkan RM12 juta milik dua individu bergelar Datuk dalam kes penipuan pelaburan antara 2005 dan 2006.

Paiman kemudian mengemukakan rayuan terhadap sabitan dan hukuman itu di Mahkamah Tinggi namun telah melarikan diri selepas dibebaskan dengan jaminan RM750,000 yang menyebabkan waran tangkap serta waran pemenjaraan dikeluarkan terhadapnya.

Pada 2021, polis telah menahan Aldrin dan mendakwa beliau adalah Paiman. Semakan cap jari menggunakan sistem biometrik Jabatan Pendaftaran Negara juga menunjukkan bahawa beliau adalah Paiman.

Pada 2 Disember 2021, Mahkamah Tinggi telah memerintahkan Aldrin menjalani hukuman yang dikenakan oleh Mahkamah Sesyen dan ini menyebabkan ahli perniagaan itu mengemukakan rayuan bagi mencabar keputusan tersebut.

Pada 2023, Mahkamah Rayuan memerintahkan Mahkamah Tinggi menjalankan inkuiri bagi mengenal pasti identiti Aldrin.

Sementara itu, Mohd Ashrof mengesahkan kepada Bernama bahawa pendakwaan telah memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi berhubung identiti ahli perniagaan tersebut.

Beliau berkata notis rayuan telah diserahkan pada 20 Februari lalu.

Bernama-

Tags: Mahkamah Rayuan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Putin Sokong Gencatan Senjata 30 Hari

Next Post

Ismail Sabri Dirakam Keterangan 6 Jam Di SPRM

Related Posts

Rasuah: Mahkamah Kembalikan Hukuman Penjara 6 Bulan, Denda RM25,000 Terhadap Bekas Hakim

Rasuah: Mahkamah Kembalikan Hukuman Penjara 6 Bulan, Denda RM25,000 Terhadap Bekas Hakim

25/04/2025
0

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini hari ini mengembalikan keputusan Mahkamah Sesyen Shah Alam yang menjatuhkan hukuman penjara enam bulan dan...

Prosiding Di Mahkamah Rayuan Syed Saddiq Bermula Esok

Prosiding Di Mahkamah Rayuan Syed Saddiq Bermula Esok

16/04/2025
0

KUALA LUMPUR: Prosiding di Mahkamah Rayuan akan bersambung semula esok dalam rayuan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman...

Next Post
Ismail Sabri Dirakam Keterangan 6 Jam Di SPRM

Ismail Sabri Dirakam Keterangan 6 Jam Di SPRM

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd