• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Remaja Lelaki Direman 6 Hari Bantu Siasatan Kes Tikam Penuntut Wanita

oleh Mohd Arshad
18/03/2025
dalam Jenayah
1
Remaja Lelaki Direman 6 Hari Bantu Siasatan Kes Tikam Penuntut Wanita
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGAI PETANI: Penuntut lelaki direman enam hari untuk membantu siasatan berhubung kes mencederakan seorang penuntut wanita sebuah institut pengajian tinggi (IPT) di sini, semalam.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Mahkamah Sungai Petani, M Kalairasi terhadap suspek yang berusia 19 tahun itu di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) bermula hari ini sehingga 23 Mac ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Kesiksaan.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail, berkata suspek turut mengalami kecederaan di tangan kanan akibat tertikam pisau ketika bergelut dengan mangsa

Katanya, suspek kini ditahan di wad dengan pengawasan polis dan akan di bawa ke lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda selepas dibenarkan keluar dari hospital.

“Hasil siasatan polis mendapati mangsa berusia 19 tahun itu mengalami kecederaan akibat tikaman di beberapa bahagian belakang badan dan leher dan pada hari ini dilaporkan stabil dan sedar.

“Mangsa sudah sedar selepas menerima rawatan di hospital dan dalam keadaan stabil.

“Kita juga sudah merakam keterangan suspek dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan,” katanya.

Selain itu, Wan Azharuddin berkata, polis turut akan merekod keterangan daripada mangsa selepas mangsa stabil dan beberapa saksi di tempat kejadian untuk polis melengkapkan siasatan,” katanya.

Media semalam melaporkan seorang penuntut wanita di sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di daerah ini cedera parah dipercayai ditikam seorang penuntut lelaki kerana pertengkaran dan tidak berpuas hati dalam isu peribadi di hadapan sebuah tandas di universiti berkenaan.

Mangsa dikatakan dihampiri oleh suspek yang juga bekas teman lelakinya sebelum menikam belakang badan mangsa berulang kali menyebabkan mangsa rebah.

-Berita Harian

Tags: kes tikamremajareman
Share219Tweet137SendShare

Related Posts

SPRM Reman Semula Pendakwah, Ketua Jabatan Kewangan Disyaki Seleweng Dana RM1.3 Juta

SPRM Reman Semula Pendakwah, Ketua Jabatan Kewangan Disyaki Seleweng Dana RM1.3 Juta

06/02/2026
0

ALOR SETAR: Seorang pendakwah bebas sekali lagi direman bersama seorang Ketua Jabatan Kewangan dan Perakaunan sebuah institusi pusat pendidikan dan...

33 Penyokong Selangor FC Direman Disyaki Ganggu Ketenteraman Awam

33 Penyokong Selangor FC Direman Disyaki Ganggu Ketenteraman Awam

02/02/2026
0

KUALA TERENGGANU – Seramai 33 penyokong Selangor FC dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu pada Isnin bagi proses permohonan reman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd