• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, November 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ops Sky: Ramai Penjawat Awam Bakal Berstatus Muflis – KP MDI

oleh Mohd Arshad
dalam Terkini
1
Ops Sky: Ramai Penjawat Awam Bakal Berstatus Muflis – KP MDI
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Lebih ramai penjawat awam bakal tersenarai dalam status bankrap selepas satu sindiket perundingan kewangan ditumpaskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), baru-baru ini.

Berkongsi unjurannya, Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi Malaysia (MDI), Datuk M Bakri Abd Majid, berkata penjawat awam yang melakukan pinjaman bank ‘luar biasa’ pasti tidak lagi mampu membayar pinjaman itu selepas tiada lagi bayaran yang akan disumbangkan oleh sindiket.

“Kita tidak pasti jumlah pinjaman yang dilakukan mereka dan kemampuan berdasarkan gaji mereka, tetapi jika dia membuat pinjaman di empat bank serentak, dengan jumlah RM200,000 setiap satunya, dia mungkin tersenarai (status bankrap).

“Sebelum itu, dia akan diambil tindakan oleh pemiutang (bank) kerana saya rasa dia tidak mampu membayarnya atau mungkin mereka sudah masuk dalam senarai bankrap,” katanya dalam Podcast Borak Harini, yang disiarkan BH Online hari ini.

SPRM dalam operasi baru-baru ini menumpaskan kegiatan rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan syarikat perunding kewangan serta pegawai bank di beberapa institusi kewangan melalui Ops Sky.

Ops Sky yang dijalankan Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram SPRM dilaksanakan dengan kerjasama BNM dan sekurang-kurangnya 27 individu, termasuk 18 pegawai bank, lapan petugas syarikat perunding kewangan serta seorang orang awam, ditahan bagi membantu siasatan.

Siasatan SPRM turut membabitkan tiga selebriti yang menjadi duta syarikat perunding kewangan itu, iaitu penyanyi Ziana Zain, pelakon Datuk Jalaluddin Hassan dan Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor tetapi disahkan mereka hanya menerima bayaran atas perkhidmatan yang dijalankan, bukannya terbabit dalam menguruskan kegiatan dilakukan syarikat itu.

Dalam operasi itu, SPRM merampas kira-kira 4,000 dokumen dan membekukan 98 akaun bank bernilai lebih RM17 juta.

Mengulas lanjut, M Bakri berkata, kes penjawat awam diisytiharkan bankrap selepas melakukan pinjaman bank melebihi kemampuan sememangnya wujud.

Penjawat awam pinjam RM700,000

“Kita pernah mentadbir kes penjawat awam yang meminjam hingga RM700,000 dan dia diisytiharkan bankrap,” katanya.

Tambahnya, seorang penjawat awam juga boleh dikenakan tindakan disiplin sekiranya dikesan melakukan tindakan kewangan yang serius.

BHonline-

Tags: muflisOps SkyPenjawat Awam
Share204Tweet128SendShare

Related Posts

Jumlah Penjawat Awam Kaum India Masih Rendah, Sepatutnya 85,000 Orang – Charles Santiago

Jumlah Penjawat Awam Kaum India Masih Rendah, Sepatutnya 85,000 Orang – Charles Santiago

06/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago mendakwa tahap penyertaan kaum India dalam perkhidmatan awam masih rendah dan...

Senator Lingeshwaran Mohon Cuti Tanpa Rekod Sempena Deepavali Untuk Penjawat Awam Beragama Hindu

Senator Lingeshwaran Mohon Cuti Tanpa Rekod Sempena Deepavali Untuk Penjawat Awam Beragama Hindu

30/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Dewan Negara, Senator Dr. RA Lingeshwaran memohon Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertimbangkan pelaksanaan kemudahan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd