• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, December 9, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Letupan Di Sungai Golok: PDRM Perketat Kawalan Di Sempadan – Razarudin

oleh Mohd Arshad
09/03/2025
dalam Jenayah
1
Letupan Di Sungai Golok: PDRM Perketat Kawalan Di Sempadan – Razarudin
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempertingkatkan kawalan dan kesiapsiagaannya dalam penugasan di sempadan susulan kejadian letupan di bom di Pekan Sungai Golok, Narathiwat, Thailand, malam semalam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, kawalan penguatkuasaan dipertingkatkan bagi memastikan ‘pihak yang bertanggungjawab dalam kejadian itu’ tidak cuba mengambil kesempatan masuk ke negara ini.

“Semua operatif Pasukan Gerakan Am (PGA) sudah diarahkan meningkatkan tahap kesiapsiagaam dan meningkatkan kawalan di Pos PGA dan sepanjang Sungai Golok.

“Pasukan Strike Force kompeni dan Batalion Risik diarahkan mempertingkatkan rondaan di pangkalan haram dan kawasan panas di sepanjang Sungai Golok.

“Kompeni Komander juga diarahkan untuk memantau keselamatan pos dan petugas 24 jam sehari,” katanya kepada BH hari ini.

Razarudin berkata, PGA Briged Tenggara dan Polis Kelantan sentiasa memantau perkembangan terkini di wilayah Narathiwat.

“Susulan kejadian letupan ini juga, kawalan ketat dikuatkuasakan serta-merta di sepanjang kawasan sempadan Malaysia-Thailand ini terutama berhampiran Pekan Sungai Golok, Wilayah Narathiwat, sehingga situasi disahkan selamat.

“Kita (PDRM) juga sentiasa bekerjasama rapat dan bertukar-tukar maklumat dengan Polis Diraja Thailand, dalam usaha mengesan pelaku kes berkenaan,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan beberapa penyerang melepaskan tembakan dan meletakkan bahan letupan di luar Pejabat Daerah Sungai Golok malam tadi, mengakibatkan dua sukarelawan polis maut dan lapan cedera.

Dua sukarelawan polis yang terbunuh dikenali sebagai Muhammad Sabri Nasawan and Todsapon Paipim.

Tembakan dan letupan sekitar jam 7.10 malam (8.20 malam waktu Malaysia), kira-kira sejam selepas umat Islam di wilayah itu berbuka puasa.

Jurucakap polis Sungai Golok berkata, kejadian berlaku di sepanjang jalan Sungai Golok-Sungai Padi berhampiran Big C, iaitu sebuah pusat membeli-belah popular dalam kalangan rakyat Malaysia.

Penyerang pada mulanya melepaskan tembakan sebelum meletupkan bahan letupan di hadapan Pejabat Daerah Sungai Golok.

Timbalan Datuk Bandar Sungai Golok, Aphichet Jeh-Ouma, ketika mengulas lanjut berkata, beliau percaya serangan dilakukan kumpulan penyerang terbabit bertujuan menimbulkan huru-hara di bandar sempadan Selatan negara itu.

-Berita Harian

Tags: Letupan Di Sungai GolokPDRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

RM415,510 Kutipan Saman Trafik Tertunggak Berjaya Dikutip

RM415,510 Kutipan Saman Trafik Tertunggak Berjaya Dikutip

20/10/2025
0

MELAKA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengutip 3,409 saman trafik tertunggak bernilai RM415,510 menerusi kempen diskaun 50 peratus sempena Program Madani...

PDRM Sahkan Pergi Ke Rumah Penyanyi Rap Untuk Serah Surat Panggilan Saksi

PDRM Sahkan Pergi Ke Rumah Penyanyi Rap Untuk Serah Surat Panggilan Saksi

22/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan beberapa pegawainya pergi ke kediaman seorang penyanyi rap baru-baru ini untuk menyerahkan surat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd