• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPMG Bersikap Tidak Adil Ketika Diminta 1MDB Dapatkan Dokumen Tambahan Di Luar Negara – Saksi

oleh AK-47
03/03/2025
dalam Terkini
0
KPMG Bersikap Tidak Adil Ketika Diminta 1MDB Dapatkan Dokumen Tambahan Di Luar Negara – Saksi
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA: Bekas Pengerusi 1Malaysia Development (1MDB), Tan Sri Che Lodin Wok Kamarudin, menyifatkan firma audit antarabangsa KPMG bersikap tidak adil apabila meminta syarikat pelaburan strategik itu mendapatkan dokumen tambahan berkaitan pelaburan di luar negara.

Dokumen tambahan berkenaan membabitkan pelaburan AS$2.3 bilion 1MDB dalam Brazen Sky Ltd di Hong Kong, yang menyebabkan berlakunya kelewatan menandatangani penyata kewangan syarikat bagi tahun 2013.

Brazen Sky ialah entiti diperbadankan di British Virgin Islands yang juga syarikat Syarikat Tujuan Khas (SPV) ditubuhkan pada 12 Julai 2012 bagi mendapatkan balik dana pelaburan milik 1MDB yang dikaitkan dengan ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low.

Che Lodin selaku saksi pembelaan ke-12 ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Kamal Baharin Omar pada sesi pemeriksaan balas berkata, keperluan bagi setiap juruaudit adalah berbeza.

Che Lodin berkata, alasan di sebalik keengganan KPMG menandatangani penyata kewangan itu adalah berikutan kedua-dua belah pihak gagal mencapai persetujuan berhubung proses.

“Pertama, ada kelewatan. Kemudian ada perselisihan faham (mengenai) bagaimana ia harus dilakukan.

“Apabila kami bertukar kepada firma Deloitte, mereka gembira untuk menandatangani (penyata kewangan).

“Mungkin KPMG mempunyai keperluan unik mengikut standard mereka sendiri, ia tidak semestinya keperluan standard,” katanya.

Apabila disoal oleh Kamal Baharin mengapa KPMG menangguhkan kelulusannya, saksi itu berkata KPMG kurang bersetuju dengan cadangan pihaknya supaya mereka ke Hong Kong untuk melihat sendiri pelaburan dalam Brazen Sky.

Che Lodin kemudian bersetuju dengan cadangan Kamal Baharin bahawa KPMG sebenarnya mahu membuat keputusan yang tidak membabitkan sebarang tekanan.

Dalam perbicaraan sebelum ini, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, memberitahu mahkamah, beliau tidak pernah menekan atau mengarahkan KPMG meluluskan akaun 1MDB bagi tahun kewangan 2013.

Najib yang juga bekas menteri kewangan, dilaporkan berkata, isu itu berpunca daripada perselisihan antara pengurusan 1MDB dengan KPMG sama ada firma audit berkenaan boleh meluluskan akaun terbabit.

Beliau turut menolak cadangan pendakwaan berhubung kenyataan bekas Rakan Kongsi Urusan KPMG, Datuk Johan Idris, yang mendakwa terdapat satu bentuk ‘ugutan’ daripadanya supaya meluluskan penyata kewangan itu.

Najib dilaporkan berkata, beliau tidak boleh mengarahkan juruaudit kerana itu adalah salah dan walau diberi arahan pun, KPMG tidak sepatutnya mengikut arahan itu kerana mereka syarikat audit yang terkemuka dan bebas, serta paling bereputasi di dunia.

Najib, 71, berdepan empat pertuduhan iaitu menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah di Istana Keadilan bersambung esok.

-Berita Harian

Tags: 1MDBKPMG
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Sheikh Umar Beri Peringatan, UMNO Johor Masih Sokong Najib Razak

Sheikh Umar Beri Peringatan, UMNO Johor Masih Sokong Najib Razak

18/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali memberi peringatan kepada rakyat Johor bahawa UMNO Johor masih...

PRN Johor: Sheikh Umar Dikritik Bangkit Semula Isu 1MDB

PRN Johor: Sheikh Umar Dikritik Bangkit Semula Isu 1MDB

16/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali menerima kritikan netizen selepas membangkitkan semula isu 1MDB menjelang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd