PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob keluar dari Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini selepas enam jam dirakam keterangan.
Kenderaan membawa Ismail Sabri keluar kira-kira jam 5.42 petang diiringi kenderaan peronda polis.
Ismail Sabri tiba jam 8.46 pagi bagi membantu siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan beliau.
Beliau keluar dari bangunan SPRM pada jam 12.30 tengah hari selepas lebih empat jam direkod keterangan untuk berhenti rehat bagi menunaikan solat Jumaat.
Menurut sumber, sesi rakaman keterangan itu dijangka disambung Isnin ini.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Bera sebelum ini telah mengisytiharkan harta kepada pihak SPRM sebagai sebahagian daripada proses siasatan yang sedang dijalankan.
Pengisytiharan itu dibuat pada 10 Februari lalu selepas diarahkan oleh suruhanjaya berkenaan.
BHonline-