KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada membabitkan empat negeri selama dua hari bermula Khamis ini.
Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), Mohd Hisham Mohd Anip, berkata kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit) dan Bintulu di Sarawak diramalkan akan mengalami hujan berterusan sehingga Khamis.
“Daerah di Pahang yang terbabit ialah Kuantan, Pekan dan Rompin, Johor (Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru) serta Sabah (Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat pada Khamis dan Jumaat ini.
“Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi MetMalaysia, aplikasi mobil myCuaca dan laman media sosial rasmi jabatan.
“Talian hotline MET Malaysia 1-300-22-1638 boleh dihubungi bagi sebarang pertanyaan lanjut,” katanya.
-Berita Harian


