• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, January 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tuduhan Terhadap Ibu Bapa Zayn Rayyan Tak Cacat, Ikut Undang-undang

oleh Mohd Arshad
03/02/2025
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Tuduhan Terhadap Ibu Bapa Zayn Rayyan Tak Cacat, Ikut Undang-undang
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA: Mahkamah Sesyen hari ini memutuskan pertuduhan pengabaian dihadapi ibu bapa kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matin tidak cacat dan mengikut peruntukan undang-undang.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Hakim Dr Syahliza Warnoh membuat keputusan itu selepas menolak bantahan awal dikemukakan pihak pembelaan mengenai pertuduhan dihadapi pasangan suami isteri Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf adalah cacat kerana tidak memperincikan kesalahan dilakukan.

“Selepas meneliti hujah kedua-dua pihak, mahkamah mendapati pertuduhan dalam kes ini mengikut undang-undang diperuntukkan, tidak defektif dan tiada unsur dalam pertuduhan yang menunjukkan bahawa tertuduh dinafikan untuk pembelaan sewajarnya.

“Oleh itu, bantahan awal pembelaan ditolak dan kes bicara bermula jam 2 petang,” katanya.

Sehubungan itu, Syahliza menetapkan prosiding perbicaraan berjalan seperti biasa bermula jam 2 petang ini dengan mendengar keterangan saksi pendakwaan pertama.

Terdahulu, peguam Haresh Mahadevan yang mewakili pasangan suami isteri itu membangkitkan bantahan awal mengenai pertuduhan yang dihadapi anak guamnya adalah cacat kerana tidak mendedahkan sebarang kesalahan di bawah Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak 2001.

“Bukti dan cara pengabaian tidak diperincikan dalam pertuduhan, cara pengabaian adalah satu aspek penting membolehkan tertuduh membela diri, kita tak boleh nafikan.

“Kita tidak boleh semudahnya mengatakan ‘mengabaikan’ atau ‘kemungkinan menyebabkan,’ apa cara mungkin pengabaian, membenarkan kanak-kanak itu lari dari rumah seorang diri atau membiarkan kanak-kanak itu di satu tempat tanpa pengawasan orang dewasa, itu adalah perincian kes-kes pengabaian,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Aqharie Durranie Aziz dalam hujahnya mengatakan pertuduhan itu tidak cacat kerana ia tidak memerlukan butiran terperinci.

“Pertuduhan itu akan dibuktikan melalui keterangan saksi-saksi pendakwaan di mahkamah.

“Pada peringkat ini, tidak perlu memasukkan cara pengabaian dilakukan dalam pertuduhan,” katanya.

Pada 13 Jun tahun lalu, Zaim Ikhwan dan Ismanira mengaku tidak bersalah mengabaikan anak mereka.

Mengikut pertuduhan, pasangan suami isteri berusia 30 tahun itu sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap anak mereka yang berusia enam tahun, didakwa bersama-sama mengabaikannya dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal.

Kesalahan didakwa dilakukan sekitar jalan PJU 10/1 Damansara Damai di sini, antara jam 12 tengah hari, 5 Disember dan jam 9.55 malam pada 6 Disember 2023.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

BHonline-

Tags: cacatibu bapaZayn Rayyan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Semoga Allah Melaknat Kau. Kau Tunggu, Botak’ – Suami Ismanira

‘Semoga Allah Melaknat Kau. Kau Tunggu, Botak’ – Suami Ismanira

31/10/2025
0

PETALING JAYA: "Semoga Allah melaknat kau. Kau tunggu, botak (menunjukkan jari ke arah pegawai penyiasat, Deputi Superintendan Mohd Hafizee Ismail)."...

Ismanira Dipenjarakan Serta-Merta, Permohonan Tangguh Hukuman Ditolak

Ismanira Dipenjarakan Serta-Merta, Permohonan Tangguh Hukuman Ditolak

31/10/2025
0

Petaling Jaya: Ismanira Abdul Manaf iaitu ibu kepada kanak-kanak lelaki autistik, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin yang dijatuhi hukuman penjara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd