• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suspek Penembak Dikenal Pasti, Polis Siasat Motif Serangan Terhadap Tukang Cuci

oleh Mohd Arshad
09/02/2025
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Suspek Penembak Dikenal Pasti, Polis Siasat Motif Serangan Terhadap Tukang Cuci
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM: Polis sudah mengenal pasti suspek yang terbabit dalam insiden tembakan di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam, malam tadi.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata suspek seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 30-an, berkulit cerah serta mempunyai 11 rekod lampau membabitkan kes jenayah dan dadah.

“Polis sedang giat menjejaki dan berusaha untuk menangkap suspek, sementara motif kejadian masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kes ini sedang disiasat di bawah Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 kerana melepaskan tembakan semasa melakukan kesalahan yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Kes juga disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh, yang boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun.

Hussein berkata insiden berlaku sekitar jam 10.50 malam tadi apabila Balai Polis Seksyen 6 menerima maklumat daripada orang awam mengenai tembakan di pusat beli-belah tersebut.

“Siasatan mendapati mangsa, seorang pekerja pembersihan di pusat beli-belah itu, sedang menyimpan peralatan pembersihan di Aras P1 bangunan sebelum suspek tiba-tiba melepaskan empat das tembakan, mengenai kaki dan punggungnya.

“Walaupun cedera, mangsa dapat melarikan diri ke dalam pusat beli-belah untuk mendapatkan bantuan, manakala suspek melarikan diri ke Aras P2.

“Di situ, suspek melepaskan beberapa tembakan ke arah tingkap tangga dan pintu gelangsar sebelum melarikan diri,” katanya.

Hussein menambah bahawa suspek kemudian merampas sebuah Perodua Ativa yang dipandu seorang pengunjung pusat beli-belah dengan mengacukan senjata api dan memaksa pemandu membawanya keluar dari Shah Alam.

“Semasa dalam perjalanan di lebuh raya, suspek mengarahkan pemandu untuk berhenti di tepi jalan sebelum melarikan diri.”

Berikutan kejadian itu, polis telah menerima tujuh laporan dan keterangan daripada saksi termasuk pemandu Ativa dan mangsa.

Mangsa mendakwa tidak kenal penyerang. Polis dapat mengenal pasti dengan cepat suspek selepas menyemak rakaman kamera litar tertutup (CCTV) serta berdasarkan maklumat risikan.

Orang ramai yang menyaksikan kejadian atau mempunyai maklumat diminta membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah, Asisten Superintendan Mohd Afandi Ahmad di talian 016-7252948 atau bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah di 03-5520 2222.

Semalam, media melaporkan pengunjung sebuah pusat beli belah di Setia Alam digemparkan dengan insiden tembakan sebelum mereka diarahkan keluar dari lokasi terbabit.

Bagaimanapun selepas semakan dan pemeriksaan polis, kompleks beli belah itu selamat dan dibenarkan kembali beroperasi hari ini.

BHonline-

Tags: pusat beli-belahSuspektembakan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Dividen KWSP Dijangka Lebih 5.8 Peratus

Next Post

Penyusunan Semula PETRONAS Demi Kelangsungan, Bukan Krisis Kewangan

Related Posts

Kes Bunuh Norshamira: Suspek Disambung Reman 7 Hari

Kes Bunuh Norshamira: Suspek Disambung Reman 7 Hari

21/02/2025
0

Kuantan: Seorang lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes bunuh peniaga wanita yang mayatnya ditemukan di tepi sungai berhampiran...

3 Suspek Rempuhan Di Jalan Klang Lama Masih Diburu, Identiti Dikenal Pasti

3 Suspek Rempuhan Di Jalan Klang Lama Masih Diburu, Identiti Dikenal Pasti

01/02/2025
0

Kuala Lumpur : Polis masih giat memburu tiga individu yang disyaki terbabit dalam insiden dua kenderaan sengaja merempuh sekumpulan individu...

Next Post
Penyusunan Semula PETRONAS Demi Kelangsungan, Bukan Krisis Kewangan

Penyusunan Semula PETRONAS Demi Kelangsungan, Bukan Krisis Kewangan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd