Thursday, February 13, 2025

Creating liberating content

Lelaki Bunuh 4 Anggota...

GEORGE TOWN - Selepas kurang 48 jam diburu polis, suspek yang dikehendaki kerana...

Kelambu Kaabah Dengan 120kg...

MAKKAH - Lebih 150 pekerja di Arab Saudi bergelut untuk menyiapkan kelambu Kaabah...

Nasi Lemak Pun Boleh...

LAZAT... Sempat tular menerusi media sosial di seluruh dunia sebelum ini mengenai cadar...

BOT KARAM: 14 Dipercayai...

PELABUHAN KLANG - Sebanyak 14 orang dipercayai warga Indonesia setakat ini ditemukan mati...

Projek ECRL Dijangka Mula Ujian, Pentauliahan Pada Jun 2026

KUANTAN – Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dari Kota Bharu, Kelantan ke Terminal Bersepadu Gombak dijangka memulakan ujian dan pentauliahan pada Jun 2026.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link (MRL) Sdn Bhd, Datuk Seri Darwis Abdul Razak berkata, bagi tujuan itu satu set tren penumpang dan tren kargo akan tiba pada penghujung tahun ini.

Menurutnya, keseluruhan sebelas set tren Electric Multiple Unit (EMU) yang canggih dan 12 unit Lokomotif Elektrik (E-Loco) akan diterima pada tahun depan untuk memenuhi keperluan penumpang dan kargo bagi Projek ECRL.

“Kita akan terima satu set tren EMU bersama enam gerabak untuk membawa penumpang bersama satu unit E-Loco akan tiba pada hujung tahun ini.

“Set- set yang selebihnya akan tiba pada pertengahan tahun depan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas pelancaran Laporan Impak Sukuk Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) bagi projek ECRL di tapak projek ECRL Seksyen 10, di sini pada Selasa.

Majlis pelancaran itu disempurnakan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Dr Amir Hamzah Azizan.


Menjawab mengenai kerja-kerja kerja pemasangan landasan ECRL di negeri Pantai Timur, Darwis berkata, ia akan selesai menjelang hujung tahun ini.

Jelasnya, pemasangan landasan sepanjang 400 kilometer (km) dari Maran, Pahang ke Kota Bharu, Kelantan telah selesai pada 15 Januari tahun ini.

“Kerja pemasangan landasan selebihnya, iaitu 100 km antara Maran dan Bentong akan dimulakan pada bulan April tahun ini dan dijangka selesai dalam masa tiga bulan,” katanya.

Mengulas terowong Genting, Darwis berkata, kerja penggalian terowong tersebut telah mencapai jarak 14.3 km sejak ia dimulakan pada Jun 2022.

“Terowong dijangka tembus pada Mei tahun ini,” ujarnya.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori