• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Produk Coca-Cola Di Malaysia Tidak Terkesan Dengan Pencemaran Klorat – Dr Dzulkefly

oleh Mohd Arshad
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Produk Coca-Cola Di Malaysia Tidak Terkesan Dengan Pencemaran Klorat – Dr Dzulkefly
Share on FacebookShare on Twitter

BUTTERWORTH – Kementerian Kesihatan (KKM) mendapati Malaysia tidak terkesan dengan produk air berkarbonat Coca-Cola yang didakwa mengandungi paras klorat tinggi seperti yang berlaku di beberapa negara Eropah.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, maklum balas daripada Program Keselamatan dan Kualiti Makanan KKM mendapati tiada sebarang bukti dikesan dalam produk berkenaan di Malaysia setakat ini.

Beliau berkata, produk Coca Cola EuropePacific Partners sahaja dikesan dan ia diedarkan di beberapa negara Eropah seperti Belgium, Luxembourg, United Kingdom dan Belanda.

“Ia bukan fenomena global, mungkin ia berkaitan dengan rantaian bekalan kumpulan atau penghantaran tertentu.

“Kami (KKM) akan terus memantau, tetapi setakat hari ini kita tidak menerima sebarang bukti bahawa ada produk yang terkesan, di Malaysia dan negara Asia tiada sebarang amaran,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Hari Terbuka Wellness Hub Seberang Perai Utara di Klinik Kesihatan Sungai Dua di sini pada Sabtu.

Terdahulu, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) meminta KKM menguji dan menangguhkan penjualan produk Coca-Cola di Malaysia susulan tindak balas kepada penarikan balik Coca-Cola di Eropah lanjutan daripada penemuan paras klorat yang tinggi.

Menurut CAP, Coca-Cola Malaysia mengeluarkan, memasarkan, dan mengedarkan lebih 80 produk pada masa ini.

Bernama-

Tags: MalaysiaProduk Coca-Cola
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Malaysia Juga Wajar Haramkan Bank Dunia, IMF, Syarikat Komputer Gergasi, AI Dan Gajet Dari AS – Zaid Ibrahim

Malaysia Juga Wajar Haramkan Bank Dunia, IMF, Syarikat Komputer Gergasi, AI Dan Gajet Dari AS – Zaid Ibrahim

24/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Malaysia juga wajar mengharamkan Bank Dunia, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan setiap syarikat komputer gergasi, syarikat kecerdasan...

Malaysia Terima Sistem Anti-Dron RM40 Juta Daripada Jepun – Khaled Nordin

Malaysia Terima Sistem Anti-Dron RM40 Juta Daripada Jepun – Khaled Nordin

21/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Malaysia bakal menerima bantuan sistem pertahanan anti-dron bernilai kira-kira RM40 juta daripada Jepun menerusi program Bantuan Keselamatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd