• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Presiden Uzbekistan Tiba Di Malaysia Untuk Lawatan Rasmi 2 Hari

oleh Mohd Arshad
04/02/2025
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Presiden Uzbekistan Tiba Di Malaysia Untuk Lawatan Rasmi 2 Hari
Share on FacebookShare on Twitter

Sepang : Presiden Uzbekistan Shavkat Mirziyoyev tiba di sini hari ini untuk lawatan rasmi selama dua hari ke Malaysia atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ini adalah lawatan pertama Mirziyoyev ke negara ini sejak dilantik sebagai Presiden pada Disember 2016.

Pesawat yang membawa beliau dan delegasinya mendarat di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 8.30 malam.

Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul dan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menyambut ketibaan Mirziyoyev dan delegasinya.

Sebaik tiba, Mirziyoyev memeriksa barisan kawalan kehormatan oleh 29 pegawai dan anggota daripada Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja diketuai Kapten Muhammad Asyraf Zulkifli.

Dalam lawatan ini, Mirziyoyev dijadualkan mengadakan pertemuan dengan Anwar, bertemu eksekutif tertinggi syarikat terkemuka Malaysia dan mengambil bahagian dalam forum perniagaan bersama dan acara lain.

Esok, Mirziyoyev akan diberikan majlis sambutan rasmi di Kompleks Perdana Putra, Putrajaya diikuti pertemuan dengan Perdana Menteri.

Kedua-dua pemimpin dijangka meneliti kemajuan hubungan dua hala Malaysia-Uzbekistan terutamanya dalam perdagangan dan pelaburan, industri halal, pendidikan, kesalinghubungan dan pelancongan susulan lawatan rasmi Anwar ke Uzbekistan pada Mei tahun lepas.

Seterusnya, kedua-dua pemimpin itu akan menyaksikan pertukaran tiga memorandum persefahaman (MoU) dalam bidang kesihatan, sains forensik dan budaya.

Anwar dan Mirziyoyev dijadualkan menghadiri Forum Perniagaan Malaysia-Uzbekistan di Kuala Lumpur yang memberi peluang untuk meneroka kerjasama ekonomi dan mengukuhkan lagi hubungan perniagaan antara komuniti perniagaan kedua-dua negara.

Kedua-dua pemimpin juga akan menghadiri majlis makan malam yang dihoskan oleh Petronas.

Pada 2024, jumlah perdagangan Malaysia dan Uzbekistan menurun sedikit sebanyak 13.2 peratus kepada RM369.8 juta (AS$80.9 juta) berbanding RM426.1 juta (AS$94 juta) pada 2023. Imbangan dagangan memihak kepada Malaysia berjumlah RM360.3 juta (AS$78.9 juta).

Pada 2024, Uzbekistan kekal sebagai rakan dagang kedua terbesar Malaysia dalam kalangan negara Asia Tengah.

-Harian Metro

Tags: lawatan rasmiPresiden Uzbekistan
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Anwar Ke Jepun Mahu Tarik Pelaburan Berkualiti Ke Malaysia

Anwar Ke Jepun Mahu Tarik Pelaburan Berkualiti Ke Malaysia

09/06/2026
0

TOKYO – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau melakukan lawatan rasmi ke Jepun sehingga Rabu ini dalam usaha...

Aminuddin Buat Lawatan Rasmi Ke Sekolah, Teruskan Tugas MB Negeri Sembilan

Aminuddin Buat Lawatan Rasmi Ke Sekolah, Teruskan Tugas MB Negeri Sembilan

28/04/2026
0

SEREMBAN – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun meneruskan tugas rasmi beliau walaupun berdepan dakwaan kehilangan sokongan majoriti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd