• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, January 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Panggil Pemilik Tanah 47 Kilang E-Waste Haram

oleh AK-47
24/02/2025
dalam Jenayah
0
Polis Panggil Pemilik Tanah 47 Kilang E-Waste Haram
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memanggil pemilik tanah yang terbabit dalam pengoperasian 47 kilang pemprosesan sisa elektronik (e-waste) haram untuk siasatan lanjut.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Azmi Abu Kassim berkata, berdasarkan maklumat risikan, kilang itu didirikan di atas tanah persendirian atau tanah rizab kerajaan.

“Kita akan mengenal pasti pemilik tanah ini bagi mengesan sama ada mereka sedar akan aktiviti yang berlaku di atas tanah mereka.

“Mengenai sama ada ia dibiayai pelabur asing atau tidak, siasatan lanjut diperlukan untuk mengenal pasti individu terbabit,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Azmi berkata, apa yang pasti, penubuhan kilang ini memerlukan pelaburan yang besar.

“Kami akan bekerjasama dengan Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram Bukit Aman untuk mengesan sumber kewangan sindiket ini.

“Kita juga akan terus bekerjasama dengan Jabatan Alam Sekitar dalam menjalankan siasatan terhadap kilang haram ini,” katanya.

Khamis lalu, media melaporkan PDRM merampas pelbagai sisa e-waste dianggarkan bernilai RM2.86 bilion, melalui Op Hazard di seluruh negara pada 15 Februari lalu.

Operasi dijalankan oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) Jabatan KDNKA Bukit Aman bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS) serta beberapa agensi lain menggempur 47 premis haram di seluruh negara.

Azmi dilapor berkata, jumlah keseluruhan rampasan membabitkan kira-kira RM2.68 bilion e-waste seberat 22.9 juta kilogram, selain 365 fasiliti antaranya mesin memproses, penimbang berat dan sebagainya dianggarkan bernilai RM83 juta.

Katanya, dalam serbuan terbabit, pihaknya berjaya merampas 128 unit kenderaan dianggarkan bernilai RM29 juta dan lain-lain barangan, antaranya minyak, plastik, blok memasak dan sebagainya dianggarkan berjumlah RM67.8 juta.

“Dalam serbuan Op Hazard, Briged Utara berjaya merampas pelbagai e-waste dianggarkan bernilai RM1.61 bilion; Briged Tengah (RM701.68 juta); Briged Tenggara (RM401.1 juta), Briged Sarawak (RM76.4 juta) dan Briged Sabah (RM65.1 juta).

“Seramai 246 individu terdiri daripada 218 lelaki, 27 wanita dan seorang kanak-kanak turut ditahan membabitkan 70 warga tempatan, China (56); Myanmar (70), Bangladesh (28), Indonesia (15), Kemboja (4) dan Filipina (3), ” katanya.

-Harian Metro

Tags: Kilang E-Waste Harampolis
Share199Tweet124SendShare

Related Posts

Lelaki Ugut Mahu Bunuh Anak Dua Tahun Ditahan

Lelaki Ugut Mahu Bunuh Anak Dua Tahun Ditahan

14/01/2026
0

Pasir Puteh: Lelaki ditahan selepas dipercayai mengugut untuk membunuh anak perempuannya berusia dua tahun di jeti Jalan Pak Mayong, Tok...

Wanita Didakwa Ludah Polis, Hina Agama Islam

Wanita Didakwa Ludah Polis, Hina Agama Islam

04/01/2026
0

ALOR SETAR – Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Ahad atas tiga pertuduhan termasuk meludah,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd