Thursday, February 13, 2025

Creating liberating content

Tiada Keperluan PKPD Seluruh...

KOTA KINABALU - Tiada keperluan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di...

Jalaluddin Umum Pertahan Jawatan...

SEREMBAN : Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias hari ini menawarkan diri...

Penuntut Berputih Mata BB1M...

SHAH ALAM - Seorang penuntut institusi pengajian tinggi awam berputih mata apabila Baucar...

Gadis Cantik Maut Dibunuh,...

SEORANG gadis cantik berusia 20 tahun ditemui maut dalam keadaan mengerikan dengan tisu tersumbat...

PM Nafi Kenaikan 14 Peratus Tarif Asas Elektrik

Kuala Lumpur: Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan tarif asas elektrik di Semenanjung akan meningkat sebanyak 14 peratus, bermula Julai ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan bagaimanapun menjelaskan kenaikan tarif elektrik tetap akan berlaku dengan kadar bakal ditetapkan selepas semakan semula nanti.

Ketetapan itu, katanya, perlu dibuat memandangkan kenaikan kadar tarif elektrik perlu berlaku, berpandukan kapasiti dan harga pada tempoh tertentu.

“Mengenai isu Ketidakseimbangan Pelepasan Kos Bahan Api (ICPT), kadar pemindahan elektrik bukan 14 peratus. Tidak.

“Seperti yang anda tahu, kajian semula setiap enam bulan adalah berdasarkan harga semasa. Justeru, saya tidak fikir ia akan menjadi sesuatu yang terlalu membebankan atau merugikan masyarakat.

“Kita bersedia untuk mendengar (pandangan pelbagai pihak mengenai cadangan kenaikan tarif elektrik).

“Namun, sudah pasti ia bukan seperti yang dikatakan. Ini sebabnya saya baru saja semak dengan Zafrul (Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz) sekiranya saya tersilap fakta,” katanya.


Ahli Parlimen Tambun itu berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) di sini, hari ini.

Media sebelum ini, melaporkan jadual tarif baharu dengan tarif asas 45.62 sen sekilowatt-jam (KwJ) bagi Semenanjung di bawah Tempoh Kawal Selia 4 (RP4) dicadang dilaksanakan mulai 1 Julai depan.

Tarif asas menerusi RP3 antara 2022 dan 2024 ditetapkan pada 39.95 sen/kWj.

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menerusi makluman kepada Bursa Malaysia pada Disember lalu, dilaporkan berkata, sebarang perbezaan dari Januari hingga Jun 2025 akan dibiayai melalui Kumpulan Wang Industri Elektrik (KWIE).

Jadual tarif elektrik semasa yang dilaksanakan sejak 2014 akan terus berkuat kuasa tanpa perubahan dalam kadar tarif dan struktur tarif elektrik sehingga 30 Jun, 2025.

HarianMetro-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori