• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Israel Mengaku Miliki Senjata, Peluru Dipenjara Tujuh Tahun

oleh Mohd Arshad
26/02/2025
dalam Jenayah
1
Lelaki Israel Mengaku Miliki Senjata, Peluru Dipenjara Tujuh Tahun
Share on FacebookShare on Twitter

KAJANG – Lelaki warga Israel, Avitan Shalom dihukum penjara maksimum tujuh tahun oleh Mahkamah Kompleks Penjara Kajang di sini pada Rabu atas dua pertuduhan memiliki 200 butir peluru dan enam senjata api tahun lalu.

Avitan, 39, dikenakan hukuman itu selepas menukar pengakuannya kepada bersalah semasa prosiding yang ditetapkan untuk sebutan kes di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Mohd Zaki Mohd Salleh.

Hakim memerintahkan lelaki yang beralamat di Bnei Brak, Israel itu menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh tangkap pada 28 Mac tahun lalu.

“Selepas mengambil kira pengakuan bersalah ini, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun bagi setiap pertuduhan dan ia berjalan secara serentak bermula dari tarikh tangkap.

“Barang tertuduh iaitu pasport antarabangsa, 14 kad kredit dan empat telefon bimbit diserahkan kepada pihak penjara dalam tempoh 14 hari,” katanya.

Mengikut pertuduhan pertama, bapa kepada tiga anak itu didakwa memiliki sekotak Shell Shock NAS3 9mm mengandungi lapan peluru, tiga kotak Bullet Master Co Ltd (150 peluru) serta 42 peluru dalam tiga senjata berlainan tanpa lesen atau permit senjata.

Bagi pertuduhan pilihan kedua, lelaki itu didakwa memiliki enam senjata api iaitu Glock 19 USA 9×19, Sig Sauer P3205P, Cougar 8000FT, Glock 17 Gen4 Austria 9×19, M&P 9C Smith & Wesson Springfield MA USA dan Stoeger Cougar 8000F.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di dalam sebuah bilik hotel di Jalan Ampang di sini antara jam 6.46 petang, 26 Mac hingga 6 petang, 28 Mac 2024.

Mengikut fakta kes, lelaki warga asing itu meminta seorang kakitangan hotel tempat dia menginap supaya membuang sampah pada jam 6 petang, 26 Mac 2024.

Selepas memeriksa barangan dalam beg tersebut, kakitangan berkenaan bersama penyelia keselamatan hotel, selaku pengadu kes, menemui sebuah iPad, dua kotak beg simpanan pistol, beberapa sarung tangan dan sepasang stoking.

Pengadu mendapati dua kotak beg simpanan pistol itu mempunyai penerangan mengenai penggunaan senjata, beserta gambar pistol jenama ‘Glock’ dan ‘Kuzey’.

Pengadu kemudiannya diarahkan oleh pegawai atasannya untuk membuat laporan polis.

Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Mustaffa P Kunyalam berkata, pihak pembelaan Avitan telah mengemukakan representasi ketiga kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) pada 19 Februari lalu.

Berdasarkan dokumen tersebut, beliau berkata, tertuduh bersedia untuk menjalani hukuman penjara maksimum atas pertuduhan pilihan.

“Susulan itu, pada 20 Februari lalu, AGC telah membalas representasi tersebut dan bersetuju dengan permohonan itu,” jelasnya.

Sementara itu, peguam, Datuk Naran Singh yang mewakili Avitan mengesahkan bahawa pihaknya telah menghantar representasi tersebut.

Menurutnya, anak guamnya yang merupakan pemilik syarikat pembekalan perubatan, syarikat hartanah dan syarikat mata wang kripto Bitcoin di New York, Amerika Syarikat perlu menyara isteri yang juga seorang suri rumah serta tiga anak mereka yang berusia 16, 10, dan sembilan tahun di Israel.

-Harian Metro

Tags: Avitan ShalomIsraelPenjara
Share221Tweet138SendShare

Related Posts

Perancis Haramkan Itamar Ben-Gvir Masuk Masuk Wilayah Negara Itu

Perancis Haramkan Itamar Ben-Gvir Masuk Masuk Wilayah Negara Itu

23/05/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  PARIS – Kerajaan Perancis secara rasmi mengharamkan Menteri Keselamatan Nasional Israel, Itamar Ben-Gvir daripada memasuki wilayah negara itu...

Infrastruktur Telekom Israel Didakwa Diguna Untuk Intip Pengguna Di Lebih 10 Negara Termasuk Malaysia

Infrastruktur Telekom Israel Didakwa Diguna Untuk Intip Pengguna Di Lebih 10 Negara Termasuk Malaysia

05/05/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Satu pendedahan mengejutkan mendakwa infrastruktur telekomunikasi milik Israel telah digunakan secara meluas untuk tujuan pengawasan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd