Thursday, February 13, 2025

Creating liberating content

Petani Belajar Undang-Undang Bagi...

MENAKJUBKAN. Petani ini, Wang Enlin, menghabiskan masa selama 16 tahun untuk mempelajari mengenai...

Sektor Pembuatan Sarawak Akan...

KUCHING – Sektor pembuatan di Sarawak telah bertambah baik pada 2017 dan dijangka...

Warga Emas 80 Tahun...

RAMAI yang berpendapat anjing adalah teman terbaik manusia. Namun bagi seorang warga emas...

Trump, Kim Saling Berbalas...

WASHINGTON - Perang lisan di antara Donald Trump dan Kim Jong-un, memuncak semalam...

Ismanira Lapor Polis Selepas Lebih 5 Jam Zayn Rayyan Hilang, Air Muka Tak Risau – Saksi

PETALING JAYA : Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, diberitahu bahawa ibu Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin membuat laporan polis selepas lebih lima jam kanak-kanak autistik itu dikatakan hilang.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Saksi ketiga pendakwaan, Koperal Nurul Khairina Mohammad Zuki, 35, yang juga anggota dari Balai Polis Sri Damansara, berkata beliau menerima laporan daripada seorang wanita dikenali sebagai Ismanira pada jam 5.45 petang 5 Disember 2023 berhubung kehilangan seorang kanak-kanak autistik.

“Dalam laporan itu, pengadu menyatakan pada jam 12 tengah hari ketika dia mahu menaiki tangga untuk balik ke Blok R Apartmen Idaman, pengadu menyedari anak lelakinya tiada di belakang pengadu.

“Pengadu menyatakan anaknya ada memberontak sebab tidak ikut kemahuan. Pengadu menjelaskan bahawa anak lelakinya orang kurang upaya (OKU), autistik dan tidak boleh bertutur,” katanya.

Ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Kamarul Iman Ahmad Sapian, saksi yang sudah 11 tahun bertugas di balai itu berkata, beliau menerima laporan kehilangan kanak-kanak berusia enam tahun terbabit.

Kamarul Iman: Semasa bertugas ada terima laporan polis?

Nurul Khairina: Ada.

Kamarul Iman: Boleh nyatakan laporan kamu terima?

Nurul Khairina: Laporan kehilangan kanak-kanak.

Kamarul Iman: Boleh nyatakan lebih kurang jam berapa?

Nurul Khairina: Lebih kurang jam 5.45 petang.

Kamarul Iman: Adakah kamu masih ingat siapa membuat laporan itu?

Nurul Khairina: Masih ingat… Puan Ismanira.

Kamarul Iman: Boleh kamu nyatakan perkara apa yang dilaporkan?

Nurul Khairina: Pengadu menyatakan pada 5 Disember 2023 jam 12 tengah hari ketika pengadu mahu menaiki tangga untuk balik ke Blok R Apartmen Idaman, pengadu sedari anak lelaki tiada di belakang. Pengadu nyatakan pada masa itu, anak pengadu ada memberontak kerana tidak diikuti kemahuan dan pada masa itu juga pengadu pegang banyak barang.

Kamarul Iman: Ada pengadu jelaskan butir-butir anak hilang itu?

Nurul Khairina: Ada, pengadu jelaskan anak lelaki pengadu OKU autisme dan tidak boleh bertutur.

Kamarul Iman: Boleh jelaskan ada atau tidak diterangkan umur?

Nurul Khairina: Ada, umur enam tahun.

Nurul Khairina berkata, sebaik saja menerima laporan itu, beliau memaklumkan kepada pegawai penyiasat kanan, Asisten Superintendan Nor Zaharuddin Sanip yang kemudian mengarahkannya memaklumkan kes itu kepada pegawai penyiasat yang bertugas, Inspektor Nina Syamimi Syamsuddin.


“Inspektor Nina Syamimi meminta pengadu berjumpa dengannya bagi diambil keterangan,” katanya.

Sementara itu dalam pemeriksaan balas oleh peguam, Haresh Mahadevan, saksi terbabit berkata, pengadu ada memberitahu bahawa dia mencari anaknya yang hilang bersama jiran sebelum membuat laporan polis.

Haresh: Semasa kamu menerima laporan polis ini, ada atau tidak kamu bercakap atau berbincang dengan pengadu?

Nurul Khairina: Saya menaip laporan seperti mana keterangan diberikan oleh pengadu.

Haresh: Saya juga cadangkan bahawa pengadu beritahu anda pada masa itu, pengadu sedang memikul beg anak beliau di belakang, memegang sebuah ‘handbag’ (beg tangan) di sebelah tangan, dan sebelah tangan yang lain dia pegang barang dari Econsave untuk masak tengah hari bagi kanak-kanak yang hilang itu.

Nurul Khairina: Tidak setuju.

Haresh: Saya cadangkan balai polis ada terima panggilan pada jam 12 tengah hari pada hari itu berkaitan kehilangan kanak-kanak.

Nurul Khairina: Tidak tahu.

Haresh: Saya cadangkan kepada kamu bahawa air muka pengadu semasa kejadian, adalah dalam kerisauan?

Nurul Khairina: Tidak.

Haresh: Jadi dia nampak gembira? Melompat-lompat?

Nurul Khairina: Tidak, seperti pengadu yang lain datang ke balai.

Haresh: Saya cadangkan pengadu memaparkan muka yang amat kerisauan.

Nurul Khairina: Tidak setuju.

Mengikut pertuduhan, Zaim Ikhwan Zahari dan isteri, Ismanira Abdul Manaf, kedua-duanya berusia 30 tahun, sebagai orang mempunyai pemeliharaan terhadap anak mereka yang berusia enam tahun, didakwa bersama-sama mengabaikannya dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sekitar jalan PJU 10/1 Damansara Damai, di sini, antara jam 12 tengah hari 5 Disember dan jam 9.55 malam 6 Disember 2023.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan di hadapan Hakim Dr Syahliza Warnoh bersambung esok.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori