• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Guru Kaunseling Didakwa Lakukan Amang Seksual, Simpan 180 Gambar Dan Video Penganiayaan Kanak-kanak

oleh Mohd Arshad
07/02/2025
dalam Jenayah, Terkini
0
Guru Kaunseling Didakwa Lakukan Amang Seksual, Simpan 180 Gambar Dan Video Penganiayaan Kanak-kanak
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN: Seorang guru kaunseling hari ini didakwa atas tiga tuduhan termasuk menyimpan 180 gambar dan video penganiayaan seksual kanak-kanak, dua tahun lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Selain itu, Mohd Kharulnizam Muslin, 45, yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini, turut berdepan dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal masing-masing terhadap dua murid lelaki, dua tahun lalu.

Dia mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Datin Surita Budin terhadap semua pertuduhan.

Tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap dua kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun yang mana tertuduh mempunyai hubungan amanah dengan mangsa sebagai guru kaunseling.

Kesalahan didakwa dilakukan antara jam 1 tengah hari hingga 4 petang di bilik kaunseling sebuah sekolah di Seremban 2, pada awal hingga akhir Mei 2023 dan awal September 2023.

Berikutan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan dibaca bersama Seksyen 16(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh disebat.

Selain itu, tertuduh didapati memiliki komputer riba mengandungi 180 gambar dan video bahan penganiayaan seksual kanak-kanak.

Kesalahan didakwa dilakukan pada 12 Disember 2023 di sebuah rumah di Taman Warisan Puteri di sini.

Berikutan itu, dia didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 10 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Timbalan Pendakwa Raya, Nor Baizura Mohd Saubian menawarkan jaminan RM30,000 bagi setiap pertuduhan dengan empat syarat tambahan.

Peguam Mohamad Zahid Ahmad menyifatkan jaminan RM30,000 yang ditawarkan bagi setiap pertuduhan terhadap anak guamnya sebagai sangat tinggi dan membebankan.

“Anak guam saya ialah penjawat awam dan tidak lagi mengajar serta ditempatkan di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Seremban manakala isterinya hanya suri rumah.

“Saya mohon jaminan minimum kerana tertuduh mempunyai dua anak masih bersekolah berusia 11 dan empat tahun,” katanya.

Katanya, tertuduh memberi kerjasama baik sepanjang siasatan dan sedia menerima apa-apa syarat tambahan ditetapkan.

Mahkamah membenarkan jaminan RM30,000 bagi semua pertuduhan dengan syarat tambahan perlu melapor diri di balai polis berhampiran setiap bulan serta tidak menganggu mangsa dan saksi pendakwaan.

Kes akan disebut semula 7 Mac ini.

BHonline-

Tags: amang seksualGuru Kaunseling
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Guru Mengaji Didakwa Laku Amang Seksual

Guru Mengaji Didakwa Laku Amang Seksual

04/12/2025
0

Kota Bharu: Seorang guru mengaji didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual bukan...

Remaja Dakwa Jadi Mangsa Amang Seksual Pendakwah Selebriti

Remaja Dakwa Jadi Mangsa Amang Seksual Pendakwah Selebriti

13/07/2025
0

SHAH ALAM – Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar mendedahkan satu kes amang seksual yang didakwa membabitkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd